Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 1 April 2014

Ahli Parlimen PAS Bidas Ridhuan Tee

 Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin

Selawat “berlebihan” ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad tidak akan menenggelamkan keagungan Allah, malah satu perkara yang sangat dituntut dalam Islam, kata Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin.

Manurut Ahli Jawatankuasa PAS itu, selawat ke atas Nabi Muhammad bukan sahaja satu perbuatan yang dianjurkan kepada umat Islam, malah Allah dan para malaikat turut berselawat kepada penghulu segala nabi itu.

“Allah sendiri berselawat pada nabi. Semasa solat Jumaat dibacakan ayat Al-Quran, ‘sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas nabi’

“Itu bermakna selawat, bukan sahaja manusia, tetapi Allah dan malaikat sendiri (juga berselawat),” katanya kepada The Malaysian Insider di lobi Parlimen semalam.

Pensyarah kontroversi, Dr Ridhuan Tee Abdullah menerusi kolumnya di Sinar Harian semalam tidak bersetuju dengan majlis selawat perdana yang terlalu “berlebihan” memuji Nabi Muhammad sehingga membawa kepada tahap pemujaan.

Pendakwah bebas itu berkata, penonjolan berlebihan ke atas Rasulullah semasa majlis Malam Cinta Allah dan Cinta Rasul baru-baru ini di Putrajaya menenggelamkan penonjolan kepada Allah.

Katanya, lagu cinta Rasul seperti qasidah dan sebagainya terlalu berlebihan sehingga membawa kepada tahap “pemujaan” terhadap Nabi Muhammad."Adakah Rasulullah mahukan kita memuja baginda? Sudah tentu tidak.

"Kita memang dituntut mencontohi Nabi Muhammad dalam apa jua keadaan dan cara hidup baginda, tetapi janganlah terlalu berlebihan sehingga mengidolakan baginda," katanya.

Hanipa yang juga merupakan seorang peguam menyifatkan selawat ke atas Nabi Muhammad tidak perlu dipersoalkan sama ada ia melebihi daripada memuji Tuhan.“Tak timbul apabila orang memuji Nabi Muhammad lebih daripada memuji Tuhan,” katanya.

Menerusi artikel sama, Ridhuan menggesa umat Islam memperkukuhkan akidah dan mengenali Allah terlebih dahulu sebagai tunjang kepada agama Islam.

"Bersolat dan berselawatlah beribu kali sekalipun, jika akidah tidak betul, semuanya menjadi sia-sia.

"Sebab itulah akidah perlu dimantapkan sebelum yang lain. Kenalkan manusia kepada Allah sebelum kenalkan kepada pesuruh-Nya iaitu baginda Rasulullah," katanya.

Baru-baru ini, program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul 1435 diadakan di Dataran Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya.Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta tetamu VIP lain.

Program itu bermula dengan solat Isyak berjemaah di Masjid Putra dengan diimamkan Abdul Manaf Mat, disusuli solat hajat bagi memohon supaya dipermudah operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Selepas itu, majlis selawat dan qasidah dimulakan pada 9 malam diikuti pengisian lain seperti zikir terapi, bacaan Al-Quran serta tazkirah.TMI

3 ulasan:

haedar bakrun berkata...

ni yang buat aku pening ni????tolong bagi pencerahan bagi yang layak.....

Tanpa Nama berkata...

Antara kasidah (ilham sufi) dan selawat asal(wahyu) mana yang kita pilih
Tak puas hati dengan yang Nabi SAW ajar macamana boleh mengaku CINTA RASUL DAN CINTA ALLAH.

Syarat Ibadat yang diterima adalah ikhlas dan benar(mengikut Nabi SAW) apa saja yang direka dalam agama tanpa contoh adalah tertolak

Dengan puisi/kasidah yang dianggap selawat fikir-fikirlah sendiri!

Lebih baik majlis begitu dipanggil majlis baca puisi!

Dalam bait-bait kasidah ada kata-kata melampau dlm memuji dan mempercayai siapa Nabi SAW
"SANG NABI AWAL PENCIPTAAN" merujuk kepada kepercayaan HAKIKAT NUR MUHAMMAD

"SELAWAT SERTA SALAM YANG JELAS,KUPERSEMBAHKAN KEPADAMU WAHAI KEKASIHKU" mana salam yang jelas itu?

Qaseh Bonda berkata...

Ridhuan T ni, kalau berani tegur saja PM jangan dok pertikai kaedah berselawat. Cakap je terus terang tak payah nak berselindung.

Nak banyak selawat terlebih dulu kena didik bini tu dulu buat apa yang nabi ajar. Dok pamer selawat depan khalayak saja tapi memimpin tak ikut rasmi nabi. Pecacai sebelah menyebelah pun sama. Perangai bodek ampu tu yang majlis tu nampak puja najib. Jangan cakap berbelit.

Pandai2 dok buh tema selawat perdana. Memanglah dok puja najib. Cer sebut selawat syifa' nampak jugaklah menyembuh jiwa2 yang sengsara macam najib, jamil khir ngn che aseh che mat. Tak penat2 ke uols membodek..

Ridhuan T tak puas hati sebab dia tak dijemput..


Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....