Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 4 Mac 2014

Gambar : Biadab !!! Perbuatan Menghina Al Quran Di Besut










Biadab perbuatan penghinaan terhadap Al-Quran & Institusi Masjid yang tidak boleh dimaafkan sama sekali.Kejadian menghina Al Quran yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab ini  berlaku di daerah aku yakni Besut.

Kejadian berlaku di Masjid Kg Limbongan Kg Raja Masjid Limbongan, Kg Raja,Masjid Nasharuddin Shah, Kg Raja dan Masjid Ulul Albab, Jerteh.

Al Quran  dilihat disepahkan di dalam dan tangga Masjid.Bahkan tergamak pihak terbabit memasukkan Al Quran dalam mangkuk tandas.Selain itu peralatan Masjid turut dirosakkan.

Sama2 lah kita berdoa dan bersembahyang hajat semoga pihak yang melakukannya menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka.Kejadian turut dilaporkan Harian Metro DISINI.



Alhamdulillah tengahari tadi pihak Pas Kawasan Besut dengan kerjasama Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut bertindak pantas dengan membuat laporan Polis.Tahniah Pas Kawasan Besut.

Laporan polis dibuat oleh Yang Dipertua PAS kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di Kampung Raja. Turut hadir sama Pemangku Timbalan Yang Dipertua Tuan Guru Haji Adam Said, Setiausaha PAS Kawasan Cikgu Shalahudin Jaafar & Jentera Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut ~ Tinta Hijau DKB

Untuk besarkan KLIK IMEJ

Berikut Kenyataan Akhbar Yang Dipertua Pas Kawasan Besut Ust Wan Azhar Wan Ahmad :

KENYATAAN AKHBAR

Kejadian menghina Al Quran di tiga buah masjid di Besut
1) Masjid Limbongan, Kg Raja
2) Masjid Nasharuddin Shah, Kg Raja
3) Masjid Ulul Albab, Jerteh
 

Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kg Raja

PAS Mendesak :

1) Pihak Polis menjalankan siasatan secara menyeluruh dalam kes yang amat sensitif dan merbahaya seperti ini. Kawalan keselamatan hendaklah diperingkatkan samada di masjid atau rumah-rumah ibadat Non Muslim sehingga ke suatu tahap di mana status keselamatan itu diperakui oleh pihak polis.

2) Jangan ada pihak2 yang cuba merangka strategi permusuhan kaum & agama sewaktu masyarakat Non muslim sedang berlapang dada menerima kebaikan2 Islam dalam menyelesaikan masalah kehidupan.

3) PAS menawarkan khidmat Jabatan Amal untuk membantu pihak polis dan komuniti masyarakat setempat bagi sama-sama mempastikan rakyat hidup dalam keadaan aman dan selamat.

Sekian dan terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

HAJI WAN AZHAR WAN AHMAD
Yang DiPertua PAS Kawasan Besut
Merangkap Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Terengganu

Tarikh : 4 Mac 2014

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenapa kejadian berlaku dinegeri seorang pemimpin tertinggi party yang kuat berjuang untuk menegakkan kesucian islam dan sebuah negeri dalam Malysia yang mendapat imbunhan royalti hasil negeri yang banyak,apakah wang yang bagitu banyak telah salah disalurkan?, inilah bala dari Allah pada pemimpin yang tidak tahu bersyukur dengan kurnia dan rahmat Allah,fikirlah sendiri, wahai orang yang beriman.

Tanpa Nama berkata...

Nanti ada pulak yg ceduk gambar ni & disiarkan semula kononnya berlaku di Pulau Pinang.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....