Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 4 Mac 2014

Air Selangor : Tan Sri Khalid Jawab Kenyataan Rafizi

KAJANG: Kenyataan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa penstrukturan industri air di Selangor dengan kerjasama Putrajaya mencecah RM20 bilion, hanya suatu andaian.

“Saya ingat angka ini berpandu kepada andaian kerana ia tidak sama dengan angka yang kita buat bersama Suruhanjaya Pengurusan Aset Air Negara.

“Saya tidak mahu komen sekarang kerana selepas MoU akan timbul proses perjanjian antara kedua-dua pihak,” kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, petang tadi.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Rafizi yang mendakwa penstrukturan semula industri air dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan merugikan rakyat.

Rafizi pada sidang media pagi ini mendakwa penstrukturan dengan kerjasama Putrajaya boleh mencecah RM20 bilion, bukan anggaran awal RM9.65 bilion.

Sehubungan itu, Abdul Khalid merancang beberapa siri penerangan terbuka mengenai memorandum persefahaman (MoU) penstrukturan itu diadakan bagi memberi lebih penjelasan.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan bilik gerakan PKR di Kajang, beliau berkata, ia perlu bagi mengelak lebih banyak spekulasi tidak tepat, timbul.

Untuk itu, Abdul Khalid, berkata Kerajaan Selangor akan meminta kelulusan Kerajaan Pusat untuk melepaskan dokumen perjanjian kepada umum melalui pertemuan esok.

“Kebenaran itu perlu kerana dokumen berkenaan milikan bersama. Kalau itu milikan negeri sahaja, maka kita ada kuasa untuk sebar kepada umum tetapi ia melibatkan (perjanjian) dua pihak.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....