Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 26 Januari 2014

Utusan Bandingkan Anwar Dengan Pelakon Lucah

Utusan Malaysia hari ini membandingkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bintang porno Jepun Maria Ozawa(gambar) yang pernah dihalang masuk ke Indonesia suatu ketika dahulu kerana bantahan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.

Menurut kolumnis Awang Selamat, Ozawa lebih berjiwa besar apabila tidak menyalahkan pemerintah Indonesia kerana dihalang masuk ke negara tersebut berbanding Anwar yang menyalahkan kerajaan Jepun dan Wisma Putra.

Pada tahun 2009 Ozawa atau dikenali sebagai Miyabi dihalang masuk ke negara Islam terbesar itu selepas menerima bantahan daripada NGO Islam republik tersebut.

"Dia sedikit pun tidak menyalahkan pihak Indonesia mahupun promoternya. Miyabi sedar bahawa dia yang menjadi punca permasalahan.

"Awang tertarik dengan sikap terbuka Miyabi walaupun dia dilabel sebagai tidak bermoral kerana kariernya itu, pelakon lucah lebih tahu menerima hakikat," kata Awang Selamat dalam edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia hari ini.

Dalam pada itu, Awang Selamat juga mengecam Anwar kerana mengambil sikap menunding jari kepada kerajaan tanpa menyiasat terlebih dahulu.

"Penyakit beliau yang suka menyalahkan pihak lain atas kesalahan dan masalah diri sendiri, nampaknya belum pulih.

"Anwar perlu menjadi warga global yang bertanggungjawab. Mahu masuk ke negara lain, patuhilah peraturan termasuk untuk bekas banduan seperti dikuatkuasakan di Jepun," katanya lagi.

Pada 19 Januari baru-baru ini, Anwar dihalang memasuki Jepun oleh pihak imigresen negara tersebut.

Anwar yang dikatakan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada jam 6.45 pagi bukan sahaja gagal melepasi pemeriksaan imigresen bahkan diarah pulang menaiki penerbangan pertama dari Tokyo.

Ketua Pembangkang yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh itu kemudiaan mendesak Kementerian Luar memberi penjelasan tentang tindakan tersebut dan mempersoalkan peranan Wisma Putra dalam episod penuh skandal ini membabitkan "laporan terbaru" yang menyebabkan beliau dihalang masuk.

Putrajaya menafikan sebarang penglibatan dalam halangan tersebut dan menyifatkan dakwaan oleh Anwar  sebagai tidak berasas.

Dalam pada itu juga, Kedutaan Jepun juga mengesahkan Ketua Umum PKR itu memerlukan kebenaran khas bagi mengunjungi negara matahari terbit itu kerana beliau pernah dipenjarakan di Malaysia.
Jurucakap kedutaan Tomoko Nagai berkata, Anwar sebelum ini memasuki Jepun pada 2011 dan 2012 melalui kebenaran khas dan kedatangannya baru-baru ini tidak melalui proses tersebut.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....