Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 26 Januari 2014

Kekeliruan Berkaitan Foto Almarhum Tuan Guru Dato' Harun Taib


Semalam aku upload foto aku bersama Tuan Guru Dato' Harun Taib di FB aku.Pagi ni bila aku buka FB terdapat komen kononnya anak aruah meminta dipadamkan semua gambar aruah yang nampak muka.

Lantas aku terus padam foto aku bersama aruah.Komen di FB aku lebih kurang dengan kenyataan pada imej diatas yang aku print screen dari salah satu group wassap aku.

Tidak puas hati dengan kenyataan tersebut lantas aku cuba check di FB anak aruah,YB Ust Hilmi Harun.Yalah mana mungkin jika mahu memadamkan semua foto aruah yang beribu ribu tersebar di media2 sosial dan blog2.


Setelah aku check di FB YB Ust Hilmi Harun,rupanya beliau bermaksud foto jenazah aruah yang nampak muka selepas beliau meninggal dunia,bukannya ketika beliau masih hidup hu..hu..


Di FB YB Ust Hilmi Harun sendiri pun masih terdapat foto beliau bersama aruah ayahandanya ketika masih hidup.Jika beliau bermaksud semua gambar2 aruah ketika masih hidup dipadamkan,sudah pasti beliaulah orang yang pertama melakukannya.Wallahu a'lam.

Sesetengah daripada kita begitu cepat dan seronok print screen dan copy paste sesuatu maklumat tanpa merujuk kepada sumber asal dan sah terlebih dahulu.

Kesilapan aku,aku dah padam foto aku bersama aruah tanpa merujuk dari sumber yang asal.Satu pengajaran berguna untuk aku lebih berhati hati ~ Tinta Hijau DKB

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pengajaran juga kepada kita, mana-mana kenyataan atau penjelasan (dlm kes ini anak Tuan Guru) mesti JELAS dan TIDAK MENGELIRUKAN. Guna ayat yang senang faham, ceritakan sedikit ape cite tu, jgn main terus ke ayat akhir

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....