Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 7 Januari 2013

Fitnah : Blogger Umno minta maaf dan bayar gantirugi kepada Khalid Samad

 Kenyataan permohonan maaf dari Novandri

PULAU PINANG: Blogger pro Umno, Dr Norvandri Hasan Basri atau dikenali juga Dr MiM hari ini memohon maaf secara terbuka kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ekoran dakwaan beliau kepada AJK PAS Pusat itu.

Permohonan maaf ekoran dakwaan Khalid adalah Bishop itu akan diletakkan dalam blog beliau novandri.blogspot.com dan Harakahdaily.net hari ini.

Dr Novandri juga bersetuju membayar sejumlah wang ganti rugi yang tidak disebutkan.Penyelesaian luar mahkamah ini dinyatakan di depan hakim mahkamah Pulau Pinang hari ini.

Dr Novandri melalui blognya, novandri.blohspot.com pada 15 Januari 2010 lalu menulis satu tulisan dalam blognya bertajuk 'Penjarakan Khalid Bishop Samad'.

(Gambar kiri,Khalid Samad bersama peguamnya, Hanipa Maidin bercakap kepada media di luar mahkamah selepas kes selesai)

Ekoran itu, Khalid melalui peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin menuntut supaya Novandri menarik balik tulisan dan gambar yang menunjukkan Khalid memakai tanjak Kristian dan salib dari blognya.

Setelah sekian lama berlalu, hari ini Novandri bersetuju untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan memohon maaf secara terbuka kepada Khalid.

Hari ini keputusan persetujuan penyelesaian di luar mahkamah dimaklumkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Turut hadir adalah Khalid Samad bersama peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin dan  peguam yang mewakili Dr Novandri.Hrkh

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://novandri.blogspot.com/2013/01/kenyataan-maaf-kepada-yb-khalid-samad.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+novandri+%28MINDA+INTELEK+MELAYU%29 SILA BACA KOMEN

Tanpa Nama berkata...

Apalah Kalid Samad nih....kalau kena batang hidung sendiri sibuk nak saman orang.....kalau diblog pencacai pr buat gambar edit macam-macam kat pemimpin UMNO contohnya Mahafiraun,Najib Tok Sami Hindu tak nak ambil tindakan pula memang double standard mereka nih...hipokrit

Tanpa Nama berkata...


Mirzan Mahathir seorang yang bijak dalam perniagaan dan pentadbiran (mungkin faktor keturunan daripada bapanya) sehingga dipilih untuk mengarah beberapa syarikat ternama dunia termasuk IBM Corporation, Solomon Brothers dan dipilih sebagai Presiden Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI), sebuah pertubuhan ternama bagi mengendalikan dan membuat kajian mengenai perniagaan .

Pada umurnya 37 tahun, beliau telah berjaya “menawan” dan “menyelamatkan” beberapa syarikat yang bermasalah dalam negara dan seterusnya memajukan syarikat berkenaan termasuk syarikat perkapalan dan sebagainya.

Pada tahun 2009, San Miguel, sebuah syarikat minuman keras yang berpengkalan di Filiphina mempunyai masalah di mana mereka TIDAK LAGI mampu untuk menggunakan MINUMAN KERAS sebagai perniagaan utama mereka atas saingan yang sangat kuat daripada beberapa syarikat minuman keras yang lain.

Mirzan Mahathir yang sangat dikenali di dunia korporat berdasarkan sumbangannya dalam syarikat-syarikat sebelum ini dan dalam ASLI dipilih untuk menjadi Pengarah Eksekutif bagi membantu syarikat berkenaan.

Perlantikan Mirzan Mahathir sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah San Miguel Corporation adalah sebagai mewakili kepentingan kumpulan pelaburan Q-Tech Alliance Holdings yang telah melabur dalam San Miguel Corporation.Pelaburan oleh Q-Tech Alliance Holdings dibuat BUKANLAH UNTUK MELABUR di dalam perusahaan minuman beer SEBALIKNYA UNTUK MELABUR dalam bidang INFRASTRUKTUR, UTILITI AWAM dan SEKTOR TENAGA di Filipina.

Ini berikutan KEPUTUSAN YANG TELAH DI BUAT oleh PENGURUSAN San Miguel Corporation YANG MAHU MENTRANSFORMASIKAN BENTUK PERNIAGAAN/INDUSTRI San Miguel Corporation daripada hanya tertumpu kepada perusahaan makanan dan minuman (beverages – termasuk beer)
KEPADA INFRASTRUKTUR, UTILITI AWAM dan SEKTOR TENAGA, malah dilaporkan juga San Miguel Corporation telah dikatakan berminat untuk memasuki industri telekomunikasi.

Dalam masa setahun sahaja, atas kepimpinan Mirzan Mahathir dalam syarikat berkenaan,, San Miguel telah mampu untuk mempunyai rangkaian perniagaan lain BUKAN berasaskan arak iaitu minyak dan gas, infrastruktur, tenaga dan kuasa elektrik, perlombongan, telemunikasi dan perbankan.

(sumber : http://www.sanmiguel.com.ph/businesses/) dan tugasnya tamat dengan jayanya pada 2010.

Melalui syarikat San Miguel juga, sebuah syarikat PETRON telah berjaya memiliki saham majority dalam Esso Malaysia Berhad tetapi beliau telah pun keluar dari syarikat San Miguel itu selepas berjaya menjalankan tugasnya.

"Jadi, adakah salah untuk menukar syarikat arak kepada syarikat bukan arak?”itu merupakan soalan yang pernah dinyatakan Mirzan Mahathir ke dalam sebuah portal pembangkang dan akhirnya penjelasan ini menyebabkan portal berkenaan menarik balik kenyataan sebelum ini.

Tetapi, pembangkang masih menggunakan modal ini untuk memperbodohkan masyarakat kampung mengenai “ANAK MAHATHIR TAUKE KILANG ARAK” yang terang-terangan tidak benar sama sekali.

wan amir berkata...

juboooo lembu rebusss ABU

rakab berkata...

Blogger Umno itu telah membuat perkara yang betul,....memohon maaf setelah melakukan kesalahan.

ABU,..Allah Bersama Umno.

Tanpa Nama berkata...

Pampasan rm207 billion,.....tak wujud pun....Nizar dan PR sengaja mencipta fitnah !

wan amir berkata...

NFC tak wujud pun.....rafizi dan nik aziz yang sengaja cipta fitnahkan...nik aziz rasuah semua orang cakap nik aziz rasuahkan UMNO baik....JUBOOOOOO...... Umno ibu
dan bapak rasuah.....

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....