Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 8 Disember 2013

Syiah: PAS sokong Mohamad Sabu saman Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini menafikan tuduhan kononnya Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terlibat dengan ajaran Syiah.

Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, beliau berkata sehingga kini PAS tidak pernah menerima sebarang laporan berhubung tuduhan yang dikaitkan ke atas Mohamad itu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 di PWTC semalam yang menuduh Mohamad mengamalkan ajaran Syiah.

"Saya sebagai Setiausaha Agung PAS tidak pernah menerima sebarang laporan berhubung pembabitan Mohamad Sabu seperti yang disebut itu.

"Maka bagi saya, wajarlah Mohamad Sabu mengambil tindakan undang-undang terhadap Zahid," kata Mustafa.

Dalam ucapannya semalam, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri bertindak mengumumkan memberi kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menahan pemimpin kedua tertinggi PAS itu.

Dalam pada itu, Mohamad dalam reaksinya semalam berkata, beliau akan berbincang dengan peguam bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap Zahid ekoran tuduhan terhadapnya itu.

“Saya tak dengar sendiri apa dia kata, jadi kena bincang dengan peguam dulu,” kata Mohamad.

Beliau dalam pada itu dengan keras menafikan tuduhan Zahid tersebut dan menyifatkannya sebagai tuduhan berniat jahat.

"Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," tegas Mohamad.Hrkh

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Umporno nak Nik Amar menang, nak tanya pada Pok Nik ni, Abe Mat syiah ke, dok syiah?

Tanpa Nama berkata...

kalau tak saman zahid, aku semakin kuat percaya mat sabu ni syiah. aku memang dari dulu takberapabekenan dengan dia ni

JAKA berkata...

mat sabu, buat pengakuan anda bukan syiah dan sudah berhenti dpd kagum dan memuja iran hezbosyaitan nasrullat dan khomeini laknat.

mereka semua tu musuh islam, pengikut dajjal akhir zaman yg akan muncul dr isfahan.

mat sabu, katakan anda jg mcm semua umat islam yg sokong iran dulu tp kini sudah kenal perangai sebenar dajjal berjubah serban tanpa ekor itu.. maka sudah sampai masa bertaubat dn menolak mereka semua.

tolak bn yg menyusahkan kehidupan rakyat, tolak syiah yg menghancurkan akidah umat

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....