Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 25 Disember 2013

Perbuatan Biadab Gantikan Huruf Alif Pada Kalimah Allah Dengan Logo 1 Malaysia


RANTAU PANJANG – Pas Kawasan Rantau Panjang menyelar tindakan pihak tertentu yang menukar huruf alif pada kalimah ALLAH kepada nombor satu atau logo 1Malaysia dan menggesa pihak terbabit bertaubat.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, tindakan berkenaan dikesan pada risalah didakwa menggunakan logo Umno yang diedarkan di sekitar kawasan ini.

Beliau mendakwa, tindakan mengubah kalimah ALLAH dengan membuang huruf alif dan menggantikannya dengan nombor satu yang bermotifkan jalur gemilang sebagai tindakan yang boleh meruntuhkan iman.

"Kalimah ALLAH tidak boleh ditukar dengan mana-mana simbol dan tindakan sebegitu menunjukkan kejahilan serta tidak mempunyai ilmu mengenai agama.

"Di mana ulama atau pakar agama dalam Umno? Mereka sepatutnya menegur pihak yang berbuat perkara ini kerana ia dilihat seperti sengaja mempermainkan kalimah ALLAH," katanya.

Beliau menggesa agar risalah berkenaan ditarik balik dan kesalahan tersebut diperbetulkan agar tidak merosakkan aqidah umat Islam.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Rantau Panjang, Mohammad Zailani Mohd Yunus berkata, pihak terbabit sepatutnya mengharamkan edaran kertas tersebut.

"Ia boleh menimbulkan kekeliruan dan menghilangkan tujuan sebenar ayat-ayat al-Quran diturunkan kepada umat manusia.

“Pihak terbabit sepatutnya merujuk Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-69 (2005).

“Kami berpendirian perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia menggambarkan ketaasuban melampau dan membuta tuli,” katanya.

Beliau mendesak pihak terbabit menarik balik edaran risalah berkenaan serta memohon maaf atas kekeliruan yang ditimbulkan.SH

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kesenian ala khat..alif dan lam huruf kedua dpt dilihat jelas dan tak menyebabkan kekeliruan menafsir..huhu apa ade hal sebabalam dputar2 memabukan orang?

Tanpa Nama berkata...

Ejaan Allah bukan bermula dengan angka "1" tetapi bermula dengan huruf "alif". Kalau huruf "1" diletak di depan ejaan itu, ia tidak akan berbunyi "Allah" sebaliknya berbunyi "Satu LLah" atau mungkin juga "satullah. Dan "Satullah" tidak ada dalam mana-mana ayat Al-Quran. Itu pendapat saya sendiri yang jahil ini.

Dalam tulisan ala khat, bentuk huruf "alif" tidak akan sama dengan nombor "1" seperti dalam gambar yang ditunjukkan. Saudara 11:10 boleh melihat sendiri dengan mengoogle atau pergi ke kedai tulisan khat. Sila buat rujukan sebelum membuat kenyataan.

Tanpa Nama berkata...

Saya juga tidak pernah melihat dalam mana-mana tulisan khat, ejaan "Allah" diwarnakan atau dilorekkan dengan mana-mana bendera. Lukisan ejaan nama Allah yang berlorek ini merupakan lukisan (mungkin khat gaya baru)pertama yang pernah saya lihat sepanjang hidup saya selama setengah abad.

Tanpa Nama berkata...

nk jd jaguh perthan kalimah Allah semata mata dgn otak yg jahil tu.. bkan nk perthan hukum Allah/akhlk Islam..las2 snedri mempermainkn kalimah Allah

Tanpa Nama berkata...

Di Malaysia sekarang ada macam2. Dulu hanya Arqam, sekarang ada Ayah Pin, Tuhan Harun, Rasul Melayu dan mazhab baru um..........

new hope berkata...

Syiah pula yg dikatakan sesat

Tanpa Nama berkata...

selamat tahun baru---! allahuakbar! nama tuhan di tri' sembahyang aq sbgai umat islam.aq fikir semua orang 1malaysia tau.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....