Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 25 April 2013

Lagi Bekas Pegawai Tinggi Tentera Sertai Pas

 Bekas Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail Bin Samion [dua dari kanan] mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS

KUALA LUMPUR: Seorang lagi tokoh masyarakat mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS hari ini sebagai penyataan sokongan kepada Pakatan Rakyat menuju Putrajaya.

Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail bin Samion, adalah bekas Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional (UPNN) menyerahkan borang permohonannya kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Turut serta di majlis yang diadakan di Pusat Media PAS itu adalah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz ketika mengalu-alukan kemasukan Ismail, berkata lonjakan ini akan memberi ruang kepada mana-mana bekas tentera untuk tampil berani bersama-sama menyokong Pakatan Rakyat.

"Bukan sahaja bekas tentera, malah anggota tentera yang masih berkhidmat pun perlu bersama-sama berani membuat perubahan. Sehubungan itu, saya menyeru yang lain, khususnya TUDM untuk menjejaki langkah Datuk Ismail ini," kata beliau kepada wartawan.

Mustafa pula menyifatkan kemasukan Ismail itu merupakan satu gambaran kesedaran yang menyeluruh di kalangan rakyat yang mahukan perubahan.

"Saya melihat kemasukan daripada kalangan bekas pegawai kerajaan, sama ada tentera ataupun sivil, ia satu gambaran kesedaran yang menyeluruh untuk membuat perubahan," kata beliau.

Beliau juga berharap dengan kemasukan Ismail ini akan memperkemaskan lagi jentera kempen Pakatan Rakyat, khususnya di Kedah.

Dilahirkan di Kuala Nerang, Kedah pada 23 Nov 1951, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail Bin Samion (TUDM) merupakan lulusan dari Universiti Reading, UK dalam bidang kejuruteraan mekanikal pada tahun 1980.

Beliau telah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia selama 38 tahun sebagai seorang jurutera dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Komandan Akademi Tentera Malaysia (MAM) dan akhirnya sebagai Naib Canselor (VC) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Kerjayanya dalam TUDM bermula sebagai seorang jurutera junior di skuadron pengangkutan (helikopter) dan semakin memuncak apabila dilantik ke jawatan Penolong kepada Ketua Tentera Udara (Kejuruteraan).

Beliau dilantik sebagai ketua jurutera TUDM (1997 hingga 2000) sebelum dilantik sebagai komandan MAM pada tahun 2001.
Apabila Akademi dinaik taraf kepada Universiti Pertahanan, pada tahun 2006, beliau telah dilantik sebagai Naib Canselor pertama. Beliau merupakan jurutera pertama yang dilantik sebagai Naib Canselor sesebuah IPTA.

Selain daripada itu, beliau juga pernah memegang beberapa jawatan penting lain di dalam berbagai sektor industri dan kejuruteraan Malaysia.

Beliau juga sangat aktif dalam menyokong aktiviti-aktiviti Industri Pembinaan dalam sebagai seorang penilai panel (2005 hingga 2010).

Beliau juga merupakan salah seorang daripada perintis bagi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam menilai dan mencadangkan penerima anugerah The CEO of the Year dan The Prominent Award.

Beliau pernah mewakili Institusi Jurutera (IEM) di dalam Lembaga Panel Tatatertib, Peguambela & Peguamcara (2010 hingga 2012) dan juga sebagai ahli PEMUDAH Selangor (2010 hingga 2012).

Mempunyai seorang isteri, Datin Khalijah Hashim dan dikurniakan 4 orang cahayamata. Ayah beliau, Samion bin Mohamad, adalah salah seorang bekas anggota tentera yang terkorban ketika Kedah diserang komunis pada tahun 1954. Ibu beliau bernama Aminah bt Ishak.

Penyertaannya ke dalam PAS hari ini melambangkan kesediaan Pakatan Rakyat untuk mentadbir dengan dengan baik dan mendapat sokongan dari teknokrat negara.Hrkh

5 ulasan:

Quantum Metal Consultant berkata...

Hebat.. pas mampu dibersihkan dng kehadiran begitu ramai bekas pegawai2 keselamatan negara untuk mengatasi ketandusan pemimpin pas yg berwibawa....kepimpinan pas sekarang begitu rapuh Dan mudah diperangkap oleh rakan parti pakatan dng Wang ringgit Dan betina

Hari Dan nik aziz sudah terlalu tua utk meneruskan perjuangan Dan pas tidak wajar dibiarkan kpd pemimpin yg bertopeng ugama

Unknown berkata...

Mungkin boleh membuat perubahan utk PAS. Asyik2 idea orang lama ja....

Unknown berkata...

Mungkin boleh membuat perubahan utk PAS. Asyik2 idea orang lama ja....
.
.
.
.
.
.
Assalamualaikum!!!
Nak minta kebenaran tetuan ampunya blog (TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT)
utk saya mencedok mana2 artikel dalam blog TUAN
utk SEBARAN UMUM pada PRU13 ini, bagi dimuatkan
dlm blog BARU saya

http://inikalilahpru13.blogspot.com/
**boleh linkkan jika berkenan

TQ
http://www.youtube.com/channel/UCW4Ooj1bcss4Q0ITmtaj8ig/videos
-----------------

Tanpa Nama berkata...

maaf ckp.tp realiti ngra m.sia dbena modl insannya dpandu dgn arkitek2nya yg briq tinggi malah brpndgan jath.demi m.sia.rakyt m.sia dmata dunia membggakn! perikatan>bn: bukan pas.bukan ba.apatah lgi bukan pr yg dbygi dap seteru pd kebgkitan. jasa olahan pendidikan,penjawatan awam/uniform(awalnya d kondem),ke sektor industri,penyedian infra dll ikut acuan m.sia yg berbgai kaum/kongsi kuasa..terhidg dlm talam sosial kontrak yg jitu. kelahirn bnyak golongan kelas menengah/atas diletak dn ditatang dgn pelbagai peluang .krjn sbgai penudh cara. demi kemajuan.terus dn terusan. skrg gologan ini dh jd generasi pesara.segelintir lupa/alpa pd tujuan kenapa mereka dulu brpeluang mnjdikan m.sia ini akn trus gemilang.tak perasan rakyt m.sia segala bgsa setiap msa tanya 'sehingga mana hak istimewa bumiputera akan berakhir' ? roh kontrak sosial ini keramat selagi virus sebaran org mcm dap,. pr di dtgi mereka2 ibarat pak kadok yg kesunyian dn mncari sorakan.

TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT berkata...

Silakan Aku Zaha...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....