Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 17 Mac 2013

PAS Akan Bertanding 76 Kerusi Parlimen

KUALA TERENGGANU - Seluruh Malaysia sedang mengalami perubahan dimana orang-orang muda, orang-orang terpelajar, pegawai-pegawai tinggi kerajaan, pegawai-pegawai polis dan tentera, termasuk bukan Islam dan bukan Melayu telah mezahirkan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Namun begitu, PAS rasa hairan dan pelik apabila sesetengah orang Melayu termakan dengan hasutan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang mendakwa kononnya DAP akan berkuasa sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata dakwaan tersebut dibuat termasuk di negeri Terengganu sedangkan DAP tidak bertanding walau pun satu kerusi samada di peringkat parlimen atau pun dewan undangan negeri.

"dia (Umno-BN) kata pula, kalau sekiranya Pakatan Rakyat menang Malaysia akan diperintah leh DAP, termauk Terengganu ni juga.....paa hal DAP tidak bertanding satu kerusi pun di Terengganu......nak memerintah lagu mana?,

"dia (sesetengah rang Melayu) boleh percaya........hok jenis ikan dukang ni......,"ujarnya.

Sebelum itu, beliau yang berucap dalam Majlis Penerangan dan Amanat Khas PRU-13 di Cabang Tiga dekat sini pada Rabu 13 Mac menyeru supaya para pengundi mengikut resmi ikan seluang yang cerdik dan hanya makan umpan, tetapi tidak memakan mata kail dan terselamat.

Katanya, jangan jadi seperti ikan Dukang, yang nampak bekeng' dan cerdik tetapi tidak cerdik dan 'makan tahi' serta makan apa umpan sekaligus dengan mata kail.

Sehubungan itu, beliau yang juga Penasihat Badan Perhubungan PAS Terengganu menegaskan PAS akan bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi dari jumlah 222 kerusi parlimen dalam pilihanraya umum akan datang.

Jumlah itu, katanya, melebihi satu pertiga daripada keseuruhan jumlah kerusi parlimen Malaysia.
"kerusi parlimen di seluruh Malysia (ada) 222 kerusi, daripada (jumlah itu) saya nak beritahu malam ni, InsyaAllah PAS akan bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi daripada 222 kerusi, (jumlah) satu pertiga daripadanya adalah 74 (kerusi),

"PAS akan bertanding lebih dari satu pertiga (kerusi Parlimen)......... (dan) InsyaAllah akan ada lagi, rakan-rakan kita (dalam Pakatan Rakyat) akan beri kita lagi kerusi, untuk kita bertanding,"jelasnya.

Ustaz Hadi juga juga, pada permulaan ucapannnya, turut 'bertafakkur' dan menghadiahkan bacaan surah al-Fatehah kepada anggota keselamatan, polis dan tentera yang terkorban di Lahad Datu ketika mempertahankan kedaulatan negara.

Beliau berkata, termasuk yang terkorban adalah seorang Inspektor polis seorang ahli PAS, yang pernah menanggotai Unit Amal, sebelum beliau menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia.BO

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....