Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 16 Oktober 2012

video : NGO lapor polis kes RM40 juta Umno Sabah




PETALING JAYA: Jingga 13 hari ini membuat laporan polis terhadap dakwaan ‘derma politik’ RM40 juta kepada Umno Sabah melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan tauke kayu balak, Michael Chia.

Laporan itu dibuat badan bukan kerajaan (NGO) terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur petang tadi.

Wakil Jingga 13, Afzainizam Abdul Rahman dalam laporannya berkata, pihaknya percaya keputusan siasatan skandal tersebut hanya untuk menyelamatkan Musa Aman yang dikatakan mempunyai kaitan dengan lesen pembalakan Sabah sehingga mampu membawa pulangan lumayan.

Beliau turut melaporkan, skandal ini turut melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila enggan mendedahkan individu yang menjadi penyumbang dana terbabit.

“Jingga 13 juga mendapati bahawa Najib selaku Presiden Umno dan Menteri Kewangan turut mengetahui bahawa wujudnya skandal penyeludupan wang RM40 juta tersebut.

Wang haram

“Selaku Menteri Kewangan, Najib sepatutnya cukup prihatin bahawa tindakan menyeludup wang haram serta sumbangan kepada parti politik daripada sumber wang haram tersebut adalah merupakan satu jenayah.

“Tindakan Najib yang enggan mendedahkan siapakah penyumbang kepada wang haram sebanyak RM40 juta kepada Umno Sabah ini jelas membuktikan keterlibatan beliau di dalam skandal tersebut bersama-sama dengan Musa Aman selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah dan juga hartawan balak Micheal Chia. Malahan Umno Sabah turut sama mempertahankan tindakan jenayah tersebut .

“Jingga 13 mendapati bahawa telah wujud kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Najib yang turut sama bersekongkol dengan Musa, Micheal Chia dan Umno Sabah dalam aktiviti penyeludupan sejumlah wang haram yang cukup besar .

“Justeru itu kami meminta agar satu siasatan secara terperinci dibuat oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Jenayah Komersial dan menyiasat isu tersebut tanpa prejudis dan pilih kasih agar tindakan undang-undang dan pendakwaan dapat dikenakan ke atas para penjenayah tersebut,” katanya dalam laporan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, berdasarkan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada elemen rasuah dapat dibuktikan.

“Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri,” katanya dalam satu jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Batu Tian Chua di Parlimen Khamis minggu lalu.

Nazri juga berkata, berdasarkan keputusan kertas siasatan SPRM, badan pencegahan rasuah Hong Kong ICAC juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan lanjut.

Malah menurut Nazri, permohonan kerjasama ICAC untuk menyiasat perkara jenayah berhubung akaun bank di Switzerland juga ditarik balik atas alasan sama.

Michael Chia ditahan pada 14 Ogos 2008 di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong apabila wang berjumlah RM40 juta (dalam matawang Singapura) ditemui dalam bagasinya ketika mahu menaiki pesawat yang menghala ke Kuala Lumpur.FMT

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....