Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 6 Mac 2012

Tiba masa nobat pemerintahan Islam di Kedah

PETALING JAYA: Dewan Ulama’ PAS Pusat (DUPP) mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang akur dengan keputusan PAS Pusat untuk mengekalkan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah serta Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh sebagai Exco.

Ketua DUPP Dato’ Harun Taib menggesa semua pihak selepas ini menghalakan segenap usaha dan tenaga yang ada untuk meneruskan perjuangan menobatkan pemerintahan Islam di Kedah Darul Aman dengan mengamalkan konsep ukhuwwah, persepakatan dan musyawarah dalam semua urusan.

Harun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Manir berkata demikian dalam satu kenyataan ringkas dalam blog DUPP hari ini sebagai respons kepada kemelut yang melanda PAS Kedah yang berakhir dalam suasana harmoni.

Jawatankuasa PAS Pusat telah mengarahkan Phahrolrazi dan Dr Ismail untuk menerima pelantikan semula sebagai ahli exco yang tamat tempoh esok, 7 Mac ini.

Kedua-dua Phahrolrazi dan Dr Ismail, timbalan pesuruhjaya I dan timbalan pesuruhjaya II PAS Kedah akur dengan arahan pucuk pimpinan PAS itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali berkata Jawatankuasa PAS Pusat telah mencapai keputusan sebulat suara setelah mendengar keterangan dari kedua-dua belah pihak dalam satu mesyuarat yang berlangsung selama lima jam di Alor Setar.

“Jawatankuasa PAS Pusat telah memutuskan untuk mengekalkan Azizan sebagai Menteri Besar serta Phahrolrazi dan Dr Ismail akan menerima pelantikan semula sebagai exco,” katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS Pusat di Kuala Lumpur Isnin lalu.FMT

1 ulasan:

ainun salsabila berkata...

Ad Daulatul Islamiyah Melayu
Khilafah Islam Akhir Zaman

Kami mengundang Kaum Mukminin-Mukminat
Dari seluruh Dunia untuk bergabung bersama kami
Menjadi Tentara Islam The Man from The East of Imam Mahdi
as A New World Religion Bangsa Islam Akhir Zaman.

Kami mengundang Anda Menjadi Bagian Bangsa Islam berdasar Aqidah Islam
Bukan Menjadi bagian dari Bangsa-bangsa berdasarkan Daerah

Kunjungi Undangan kami Kehadiran anda kami tunggu di
di http://dimelayu.co.nu

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....