Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 6 Mac 2012

Mahkamah Putuskan Pemecatan Pegawai Tadbir ( Zaman Pas ) Oleh K'jaan BN Terengganu Tidak Sah

KUALA TERENGGANU, 6 Mac: Bekas Pegawai Tadbir Negeri Terengganu yang pernah dilantik ketika PAS memerintah Terengganu pada 1999 hingga 2004 tetapi dipecat oleh Barisan Nasional (BN) pada 2007, mendapat pembelaannya.

Pegawai berkenaan selaku plaintif, Wan Mohd Faizul Wan Abas, 37, ketika itu Pegawai Tadbir Negeri N41 dipecat oleh kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dan pemecatan itu dianggap ‘salah’ (wrongfull dismissal) oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, semalam.

[Gambar: Wan Mohd Faizul (berkopiah kanan) bersama peguam Fathi Aziz Abu Bakar bercakap kepada wartawan di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.]

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa memutuskan keputusan kerajaan negeri menamatkan perkhidmatan plaintif oleh defenden pertama adalah tidak sah.

Wan Mohd Faizul menamakan Kerajaan Negeri Terengganu sebagai defenden pertama dan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu sebagai defenden kedua.

Ketika membaca keputusan tersebut, Mohd Yazid memerintahkan agar plaintif diambil semula sebagai Pegawai Tadbir Negeri Gred N41 dari tarikh penghakiman itu dan pengesahan plaintif dalam jawatan tersebut tertakluk kepada Perintah Am.

Plaintif juga perlu dibayar semula oleh defendan pertama gaji tertunggak serta sebarang faedah yang dinikmati plaintif sejak dari tahun pemecatannya itu.

Wan Mohd Faizul melahirkan rasa kesyukurannya dengan keputusan mahkamah yang telah mengembalikan semula haknya yang dinafikan sebelum ini.

“Alhamdulillah, keputusan ini merupakan satu bukti hak saya dikembalikan dan maruah saya tertebus. Ini jadi satu pengajaran kepada kerajaan negeri supaya tidak mengambil tindakan sewenang-wenang,” jelasnya di lobi mahkamah.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu ketika menjawat jawatan Pegawai Tadbir Negeri pernah bertugas di Pejabat Tanah Daerah Besut selama setahun bermula tahun 2001.

Selepas itu, katanya menjadi Penolong Pengarah Urusetia Penerangan Negeri Terengganu dan ditugaskan pula di Pejabat Tanah Daerah Kemaman selama lebih setahun.

Menurutnya, pemecatan berlaku tahun 2007 selepas bertugas di Pejabat Tanah Daerah Kemaman tahun 2004 dan ‘dibekukan’ di Pejabat SUK Negeri Terengganu.

“Saya pernah bertugas di Pejabat Tanah Besut selama setahun, pernah jadi Penolong Urusetia Penerangan Negeri Terengganu, pernah ditugaskan di Pejabat Tanah Kemaman pada tahun 2004 dan akhirnya di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri.

“Di pejabat SUK, saya diletakkan sebagai Pegawai Sentara sebelum dipecat pada tahun 2007, kononnya atas dasar prestasi merosot,” ujarnya.

Wan Mohd Faizul menjelaskan beliau berjaya hadir semua kursus induksi dan lulus peperiksaan perkhidmatan (Peperiksaan Undang-undang Kerajaan) dalam tempoh lanjutan percubaan.

Bapa kepada empat orang anak berusia setahun lebih hingga 10 tahun itu merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia.

Beliau diwakili oleh peguam Fathi Aziz Abu Bakar manakala defenden diwakili Penolong Penasihat Undang-undang Negeri, Rosmawati Husin.Hrkh

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tunggulah balasan Allah pulak siapa yang berlakau zalim ni...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....