Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 20 Februari 2012

Debat Anwar-Najib paling ditunggu-tunggu

KUALA LUMPUR, 20 Feb: Sekurang-kurangnya dua siri debat antara tokoh-tokoh politik tanah air yang sedang dinantikan penuh harapan oleh rakyat negara ini.

Paling ditunggu agar benar-benar menjadi realiti adalah debat antara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Satu lagi debat yang juga menjadi penantian rakyat khususnya di Selangor adalah antara Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berhubung skandal pasir yang didakwa Noh berlaku di negeri itu.

Namun bagi debat Anwar dan Najib, penantian bukan baru, tetapi sudah berbualan bulan malah Anwar sendiri beberapa kali mengemukakan cabaran kepada Najib untuk berdebat isu-isu negara khususnya membabitkan soal ekonomi.

Sehingga kini harapan itu masih kabur apabila Najib dilihat langsung tidak mahu menyahut cabaran itu bairpun diutarakan berkali-kali.

Malah pujian juga wajar diberikan kepada kedua-dua pemimpin parti majoriti Cina iaitu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang lebih terkehadapan apabila membuktikan keberanian mereka berhujah di pentas debat Sabtu lalu.

Terbaru, beberapa lagi harapan dilontarkan mahu melihat Najib selaku ketua kerajaan itu menyatakan persetujuan untuk berdebat dengan Anwar.Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika mengulas perkara itu berkata, debat itu perlu disegerakan seelok-eloknya sebelum berlangsung Pilihan Raya Umum ke-13.

Ini kerana rakyat mahu melihat kedua-dua mereka berhujah secara berhadapan, tidak lagi masing-masing melontarkan pelbagai dakwaan antara satu sama lain di media yang menghalang mereka untuk menyoal dan menjawab secara langsung.

“Najib perlu bersedia untuk berdebat secara terbuka, bukannya berceramah ke seluruh negara tanpa berhadapan dengan Anwar.

“Melalui debatlah Najib dan Anwar boleh bertemu, Mereka boleh melontarkan buah fikiran masing- masing mengenai isu yang diketengahkan supaya memberikan kesan lebih baik kepada masyarakat,” katanya seperti dilapor media semalam.

Selain PAS, PKR juga tenyata menanti penuh harapan agar Najib menerima cabaran Anwar itu agar debat yang bersejarah antara kedua-duanya dapat direalisasikan.

“Ia merupakan kesinambungan yang paling tepat setelah debat selepas Guan Eng dan Soi Lek, “ kata Naib Presdien PKR, Nurul Izzah Anwar.

Bukan setakat parti politik sahaja, malah NGO serta persatuan mahasiswa juga turut mahu melihat idea dan hujah kedua-dua pemimpin itu di pentas debat.

Dalam satu kajian yang dikendalikan Merdeka Center, majoriti Profesional Melayu mahu debat antara kedua pemimpin politik tanah air itu direalisasikan segera.

Malah sejak awal lagi beberapa NGO turut menyatakan kesedian menjadi penganjur debat tersebut.

Ianya termasuk pertubuhan pelajar, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) yang mendakwa debat adalah kaedah terbaik meraikan perbezaan, malah menjadi medan penilaian bagi masyarakat khususnya anak muda untuk memilih pemerintahan negara kelak.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....