Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 20 Februari 2012

Mahfuz cabar Hishammuddin berdebat

KUALA LUMPUR, 20 Feb: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar hari ini mencabar Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Tun Hussein berdebat dengannya atas pelbagi topik yang boleh dipilih oleh Hishammuddin sendiri.

Cabaran tersebut dibuat sebagai mengulangi perancangan mereka untuk berdebat beberapa tahun lalu, tetapi dibatalkan kemudiannya akibat penarikan diri Hishamuddin kerana dihalang oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Mahfuz, kini keadaan telah berubah dan rakyat negara ini sudah mempunyai tahap kematangan yang tinggi sehingga pelbagi pihak sudah boleh menerima program debat dengan baik.

Katanya, jadi sekaranglah masa terbaik untuk meneruskan kembali debat antara beliau dan Hishammuddin itu setelah ia gagal dilangsungkan dulu walaupun telah dipersetujui pada peringkat awalnya.

"Dulu debat yang akan diadakan antara saya dan Datuk Hishammuddin itu atas kedudukan saya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, manakala Hishamuddin selaku Ketua Pemuda Umno Malaysia.

"Sekarang saya bukan Ketua Dewan Pemuda PAS lagi dan Datuk Hishammuddin juga bukan Ketua Pemuda Umno lagi, jadi debat itu mestilah antara saya dan Hishammuddin juga sebagai mengulangi rancangan debat yang tak jadi dulu," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Pada perancangan dulu, menurutnya, debat antara beliau dan Hishammuddin itu dicadangkan atas tajuk "Siapa Sebenarnya Pengkhianat Negara: Umno Atau PAS?".

Katanya, sekarang sekiranya Hishammuddin mahu berdebat dengannya, debat tersebut boleh diteruskan atas tajuk itu atau sebarang topik yang diingini oleh Hishamuddin sendiri.

"Terpulanglah kepada Datuk Hishamuddin untuk menentukan tajuknya. Saya hanya bersedia sahaja atas pelbagi topik, bila dan di mana-mana sekalipun," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, dalam konteks sekarang, debat merupakan sesuatu yang penting kerana ia akan memberikan pelbagai maklumat kepada rakyat bagi membolehkan rakyat membuat penilaian yang betul mengenainya.
Selain itu, ia juga akan membolehkan rakyat menilai dengan lebih jauh mengenai pemimpin dan parti yang patut dipilih oleh mereka pada PRU KE-13 akan datang.

Beliau turut memuji langkah pihak terbabit yang yang menganjurkan debat antara Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Kehormat DAP, Lim Guan Eng dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek selama dua jam yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Awani kelmarin.

"Keberanian Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng menanggung risiko dari debat itu memang wajar dihargai. Pada dasarnya, debat mereka itu juga agak baik dan ilmiah," katanya.

Namun beliau turut kesal apabila Soi Lek juga turut memperlihatkan sikap hipokrit menerusi debat itu untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina agar tidak menyokong DAP kerana dikatakan akan memberikan kuasa kepada PAS.

Lebih dikesali lagi apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataannya selepas itu turut menonjolkan sikap tidak bertanggunghawab dan hipokrit perkauman dengan mengatakan orang Melayu memberi undi kepada PAS akan memberikan kuasa kepada DAP pula.

"Semua ini adalah sikap hipokrit yang nyata dan amat melampau untuk menakut-nakutkan rakyat yang tidak sepatutnya timbul dalam masyarakat kita," tegasnya.

Beliau turut mencadangkan agar turut diadakan debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku ketua kerajaan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang kerana jika debat antara mereka itu diadakan pasti akan memberikan manfaat besar kepada rakyat.Hrkh

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

berceramah siang malam, hasilpon hampas yg dapat cuma angan-angin mat jenin.

apa sumbangan pembangkang pd ekonomi, kemajuan negara, tahaf pendidikan dan ketenteraman negara selama ini.

kepada pembangkang islam, nak tubuh negara islam dah jadi negara kebajikan, ini pakai otak ketua dialah penganut israel. sibuk nak kuatkuasa hudud, dlm kehidupan islam berapa % hukuman hudud daripada bebagai hukum islam yg misti diamalkan?.

menerima cabaran mahfuz berdebat cuma buang masa, pas yg mampu cuma bercakap modal air liar bolehlah.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....