Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 17 Disember 2012

Bas Jelajah Merdeka Rakyat Diserang Lagi


TAPAH 17 Dis: Bas Jelajah Merdeka Rakyat sekali lagi diserang ketika menuju ke ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perak semalam, menyebabkan cermin sisi penumpang di tingkat atas retak dan berlubang.

Semasa kejadian, Ketua Umum KEADILAN tidak mengikuti rombongan, sebaliknya hanya lapan kakitangan pejabat parti yang berada dalam bas.

Menurut saksi yang juga Setiausaha Pengelola KEADILAN, Raden Shamsul Akmar Raden Shamsuddin, insiden itu berlaku antara 6.30 petang hingga 6.45 petang, selepas bas bergerak melepasi kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah menuju ke Bandar Seri Iskandar.

“Kejadian berlaku ketika bas berada di lebuh raya. Kami sendiri tak sedar. Tiba-tiba ada bunyi kuat di cermin.

“Cermin retak dan ada satu lubang kecil. Saya syak mungkin ia dibaling objek dari atas kerana berdasarkan kerosakan, ia bukan dibaling dari bawah dengan kereta atau motosikal. Mungkin dilastik, kerana atas lebuh raya itu ada satu jambatan,” katanya ketika dihubungi.

Berikutan insiden itu, menurut Raden, Timbalan Ketua Cabang Tapah memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah Tapah, berkenaan perkara tersebut.

“Kita tidak buat laporan polis. Apa pun kita akan perbaiki dan tukar cermin baru. Lagi pun tiada sebarang kecederaan dan kerosakan lain dalam bas.
“Tiada apa-apa pun respon dari polis. Mereka hanya berkawal seperti biasa di tapak ceramah  dan bas dibiarkan tanpa iringan,” ujarnya.KD

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....