Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 17 Disember 2012

Rakan komponen PR sepakat tiada kerusi tambahan untuk DAP di Selangor

KUALA LUMPUR, 17 Dis — Parti komponen Pakatan Rakyat (PR) — PAS dan PKR — sepakat menolak untuk memberikan kerusi tambahan kepada DAP, seperti mana yang dituntut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (gambar) ketika kongres DAP hujung minggu lalu.

Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei berkata, tindakan Guan Eng itu adalah normal, dan bukannya sesuatu yang luar biasa kerana setiap parti politik akan membuat tuntutan sama semasa perhimpunan agung parti masing-masing sama ada di peringkat kepimpinan mahu pun perwakilan.

“Di Selangor, tiada perubahan dan kekal status quo sama seperti pilihan raya umum 2008 lalu.“Tuntutan DAP di negeri ini kita pernah bincang sebelum ini dan diputuskan tiada kerusi tambahan untuk DAP,” katanya di petik dari Sinar Harian Online.

Lim ketika kongres DAP menuntut tambahan tiga kerusi tambahan untuk Parlimen dan 10 kerusi Dun di Semenanjung Malaysia manakala Sabah dan Sarawak dikendalikan rundingan kerusi mereka sendiri.

Shuhaimi bagaimanapun menyeru komponen parti PR untuk tidak terlalu melayani isu itu kerana dikhuatiri boleh dijadikan provokasi oleh pihak lawan.

Menurutnya, kenyataan dibuat oleh Lim itu tidak merujuk kepada Selangor dan menegaskan pembahagian kerusi di negeri ini telah dipersetujui sebulat suara.

“Mungkin ia melibatkan kerusi di negeri lain kerana jika di Selangor kita semua sudah bincang tiada sebarang perubahan.

“Jadi tak perlu fikir serius mengenai perkara itu...tak perlu layan secara mendalam kerana ia mungkin boleh dijadikan provokasi pihak lawan,” katanya.

PAS pula menganggap tindakan Guan Eng meminta lebih kerusi itu tidak wajar dianggap sebagai satu pendirian “tamak”.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia adalah lumrah bagi setiap parti unutuk mengukuhkan kedudukan masing-masing, dan perkara itu juga jelasnya termasuk Barisan Nasional (BN).

“Kita tak boleh kata kalau ada yang nak tambah kerusi, contohnya DAP itu adalah tamak.“Semua parti mahukan kerusi lebih termasuk BN yang terdiri daripada Umno, MCA dan MIC, jadi adakah mereka juga tamak?
 
“Soal penambahan kerusi ini kita masih belum berbincang,” kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....