Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 29 Oktober 2012

Tok Guru Nik Aziz Jawab Tohmahan Soi Lek

KOTA BHARU: “Saya sebut tutup aurat untuk orang Islam tidak kepada bukan Islam. Kalau tak tutup aurat “padanlah” kalau kena rogol pun.

“Tapi oleh sebab dia pandang serong awal-awal lagi kepada Islam, maka dia beremosi. Ini sesuailah dengan Umno yang juga pandang serong terhadap Islam,” kata Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS berkata, tohmahan yang dilempar MCA terhadapnya jelas sangat beremosi dan menampakkan pandangan serong mereka terhadap Islam.

Ia juga sama dengan Umno yang memandang serong Islam, bahkan menolak Islam dalam dasar perjuangan partinya.

Beliau ditemui pada rumah terbuka sempena Aidiladha di kediamannya di Pulau Melaka semalam. Pada majlis itu Menteri Besar mengorbankan tiga lembu dan dagingnya diagih kepada penduduk kampung.

Baru-baru ini Pengerusi Wanita MCA, Heng Seah Kie dilaporkan mendakwa Tuan Guru  Nik Aziz membenarkan wanita bukan Islam dirogol sekiranya tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

“Apabila Umno tolak Islam, takkan pula MCA nak bantu Islam. Dengan automatik parti itu akan buat perkara-perkara yang melemahkan Islam.

“Jadi mereka tidak layak memimpin negara. Negara barat marah kepada Islam, Umno pun begitu juga. Jadi apa beza Umno dengan pandangan barat,” ujarnya.Hrkh

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

2ks+lge+ni bukan saja melihat hajat pas dengan pandangan serong, malah tak memungkinkan ia berlaku jika pun dapat menukar kerajaan. pr sekadar jadi buah tangan permainan syaitan meletaknya jauh tersesat. leka bersama kepimpinan bermulut celupar tetapi amat suka beralasan2 seperti sikap orang yahudi.

Arah mana islam yang mahu dibawa oleh pas sehingga dap dan pkr menolaknya juga mca mempersoalkan.mencandui diri dengan serakah nafsu 'pas tukar umno'hanyalah tindakan dayus yang akan melarutkan islam di malaysia ini samada berjaya atau tidak.

kebencian kepada umno yang merupakan tunggak kerajaan yang ada ini benar2 satu kesilapan pas. biar apa juga alasan dan rungutan serta cacian bukan membenarkan sebagai orang islam melayan islam di malaysia ni sebegeni rupa.

32 ulkagov


nonbal berkata...

Kenapa tuk guru tak jawab apa yang disebut oleh CSL, kenapa tak jawab dgn cara ilmiah supaya terang, apa yang disebut oleh CSL itu tak betul? Kenapa sibuk dgn menyalah dan mengkondem UMNO?. Tak bolehkah jangan berpolitik seketika dlm menjawab. Jawab lah dgn ikhlas kerana Allah, bukan asyik nak salahkan orang dan nak burukkan orang demi kepentingan undi?. Jelaslah ulamak ini lebih pentingkan undi dari kefahaman manusia kpd agama Allah. Sedih kita lihat ulamak macam ni.

new hope berkata...

hasil didikan umno menjauhkn mereka dri islam ^^

KLIK murid orang asal ditampar kerana tidak baca doa

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....