Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 5 Oktober 2012

SPRM siasat kenduri kahwin anak Ali Rustam


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berikutan penganjuran majlis kenduri kahwin anak lelakinya baru-baru ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdul berkata, siasatan akan dilakukan secara menyeluruh.

"Kita teliti satu persatu, tengok perbelanjaan daripada mana, siapa yang keluarkan duit, kita periksalah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan menjelas lanjut kerana siasatan baharu sahaja bermula.

Majlis perkahwinan anak Mohd Ali pada hujung minggu lepas dihadiri lebih 130,000 orang sekali gus diiktiraf 'Malaysia Book of Records' sebagai tetamu teramai pada majlis perkahwinan. - Bernama

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....