Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 8 September 2012

Panas !!! Adun Umno Kuala Perlis Ditumbuk

KANGAR - Gara-gara tidak puas hati dengan isu pasar, seorang lelaki yang ada rekod ditahan polis, menumbuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Perlis, Mat Hassan( gambar ) di Kampung Seberang Tok Pi, Kuala Perlis, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, wakil rakyat itu bersama isterinya ketika kejadian berada di Kampung Seberang Tok Pi untuk menziarahi kematian.

Katanya, semasa beliau mahu pulang, datang seorang lelaki berusia 36 tahun, memaklumkan peniaga-peniaga pasar di Kuala Perlis ada mengadu kepadanya bahawa mengenai jumlah pelanggan terjejas semenjak Pasar Burma dibuka.

Menurutnya, Mat Hassan kemudiannya memberitahu lelaki berkenaan agar memaklumkan peniaga-peniaga pasar terbabit supaya datang berbincang mengenai masalah itu dengannya.

Walaupun Adun itu meminta lelaki berkenaan memaklumkan perkara tersebut kepada para peniaga, lelaki terbabit masih bercakap mengenai masalah tersebut, tambah beliau.

“Semasa pengadu ingin bergerak pulang suspek masih bising-bising dan tiba-tiba meluru ke arah pengadu dan melepaskan satu tumbukan di muka sehingga menyebabkan pengadu mengalami luka dan sakit di bawah mata pipi kirinya," kata beliau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.Bagaimanapun katanya, suspek buat masa ini tidak ditahan reman tetapi diambil keterangan untuk siasatan.

Difahamkan, kematian yang diziarahi pengadu dan isteri merupakan emak saudara kepada suspek yang turut tinggal di kampung yang sama.

Sementara itu, Mat Hassan ketika dihubungi berkata, beliau tidak mahu membesar-besarkan kes tersebut, sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut.SH

3 ulasan:

Shahril Caen berkata...

PASAR BURMA TIAP TIAP PAGI RAMAI ORANG PELANGGAN DEPA LETAK MOTO KERETA SESUKA HATI SEHINGGA MENYUSAHKAN PENDUDUK KAMPUNG UNTUK LALU PERKARA NI DAH LAMA BERBANGKIT TAPI TIADA TINDAKAN MUNGKIN SEBAB DAH TAK TAHAN MARAH KOT DIA KENA TUMBUK ESOK JOM PI UMAH TERBUKA TENGOK MATA DIA ADUN KUALA PERLIS BUAT RUMAH TERBUKA ESOK HEEE HEE

Shahril Caen berkata...

KEDEBUKKKKKKKSBO

Tanpa Nama berkata...

kedebuk....bahasa yang aku gunakan masa kecil2dulu...kalau bergaduh dengan kawan2.....aku rasa budak2 sekarang tak pernah guna bahasa ini..

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....