Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 8 September 2012

Full Video : Ceramah Mahfuz Omar Di Kemaman




KEMAMAN
– PAS tidak bersetuju dengan tindakan anak-anak muda yang mengibarkan bendera selain dari Jalur Gemiliang dan tindakan memijak gambar pemimpin serta membuat ‘aksi punggung’ yang berlaku baru-baru ini.

Persoalannya, sekiranya kita mengatakan tindakan anak-anak muda tersebut adalah biadap tetapi siapakah sebenarnya yang bersalah?

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar bertanya, adakah kita perlu salahkah pendidikan negara kita sehingga mereka sanggup berbuat demikian?

Beliau berkata, ia bermaknanya kegagalan kerajaan dalam membentuk syaksiah dan dikalngan anak-anak muda.

Oleh itu, beliau tidak bersetuju sekiranya dengan sekali tindakan anak-anak muda meluahkan rasa mereka itu, mereka dihina dan dimaki dengan sebegitu rupa.

“Saya tidak bersetuju dengan tindakan dan aksi yang ditunjukkan oleh anak-anak muda (itu) tapi saya nak katakan kepada pemimpin-pemimpin Umno, kalau tanpa aksi kamu yang berlebihan saya percaya anak-anak muda tidak beraksi sedemikian rupa,

“(tindakan) anak muda itu menggambarkan bagaimana mereka cuba untuk meluahkan rasa kemarahan mereka…….kebencian mereka kepada pemimpin yang selama ini (yang) mereka anggap menmijak kepala rakyat dan kepala mereka sendiri,”jelas Mahfuz yang juga Ahli Parlimen pokok Sena.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Ceramah Perdana di Kampung Geliga Haji Muda, Chukai, dekat sini pada Kamis malam 6 September.

Namun begitu, walaupun tindakan anak-anak muda itu dianggap ‘biadap’, tetapi katanya, biadap lagi orang Islam yang membaling kasut ke dalam masjid seperti yang berlaku di majid al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar pada 3 September lalu.

Beliau mempersoalkan adakah gambar pemimpin Umno adalah lebih mulia daripada sebuah masjid sehingga isu anak muda memijak gambar Najib diperbesarkan tetapi isu baling kasut kedalam masjid di sembunyikan oleh pihak media.

“Adakah gambar pemimpin itu lebih mulia, lebih tinggi darjatnya dan lebih suci daripada rumah Allah…masjid?

“cuba bayangkan….baling kasut dalam masjid….. kasut yang dibawa merata-rata masuk bilik air….pijak najis dan sebagainya….dibaling ke dalam masjid……,”jelasnya.BO

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....