Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 5 September 2012

Khalid Ibrahim Sedia Menghadap Sultan Selangor

SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memohon menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bagi menjelaskan berhubung isu baginda tidak dijemput menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri, Khamis lalu, sekiranya perlu.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun akan memberi ruang kepada jawatankuasa sambutan itu untuk memberikan penjelasan terlebih dahulu berhubung jemputan berkenaan pada mesyuarat mingguan Exco, hari ini.

“Kalau kita perlu (menghadap Tuanku untuk beri penjelasan), kita akan beri penjelasan. Saya percaya jawatankuasa sambutan yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (Datuk Mohammed Khusrin Munawi) mempunyai jawapan dan pandangan mereka.

“Jadi, saya kena memberi mereka peluang untuk terangkan apa yang berlaku dan apa yang patut dilakukan.

"Tapi saya percaya, daripada rekod-rekod (program) yang telah diadakan dalam negeri, kita akan mengkaji sebab kenapa jawatankuasa yang sudah dibuat (lebih) empat tahun lalu, (tiba-tiba) ada perkara berbangkit,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri 2012 anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Abdul Khalid bersedia untuk menghadap Tuanku bagi menjelaskan perkara itu dan memohon maaf kepada baginda.

Mengulas program melibatkan Tuanku, Abdul Khalid berkata, majlis yang bakal dihadiri baginda akan dirangka dua bulan lebih awal seperti program di masjid yang dibuat sebulan sebelum Ramadan.

“Semua aktiviti Tuanku, Istana dan aktiviti negeri dirangka sekurang-kurangnya satu bulan sebelum majlis berlangsung, bukan secara tiba-tiba, tetapi dijalankan secara teratur.

“Ia termasuk wakil protokol. Dalam pentadbiran negeri, kita mempunyai pegawai-pegawai protokol yang akan mengingatkan kita bagaimana program ini dilakukan,” katanya.

Ahad lalu, Sinar Harian melaporkan, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin mempersoalkan Kerajaan Negeri menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat dan memberikan ucapan pada majlis sambutan tersebut.

Katanya, ia menimbulkan tanda tanya kepada Tuanku memandangkan program tersebut adalah program rasmi Kerajaan Negeri.SH

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....