Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 28 September 2012

Bob Lokman tidak mahu tanding PRU13

 Bob Lokman di Majlis Jalinan Mesra Muslimat Pas Kawasan Pasir Puteh

PASIR PUTEH - “Setelah melalui segala jalan syahwat, ALLAH SWT memberi aku gambaran akhirat. Maka aku mencari kebenaran dengan masuk ke gerbang hijau yang bertonggak ulama dan ditakuti pencinta dunia,” demikian luah Bob Lokman selepas mengambil keputusan menyerahkan borang ahli Pas kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, awal tahun ini.

Bob atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman, 48, yang mengakui terabai dengan kefahaman Islam walaupun lahir dalam keluarga Islam keturunan ulama, bersyukur kerana diberi petunjuk untuk berjuang bersama Pas.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak pernah berhasrat bertanding dalam pilihan raya atau menjadi wakil rakyat.

“Menawarkan diri untuk menjadi wakil seperti meletakkan sebelah kaki ke dalam neraka dan saya sememangnya tidak pandai menjadi wakil rakyat.

"Biarlah saya terus membantu Pas mengikut kemampuan,” katanya pada Majlis Jalinan Mesra Muslimat Pas Kawasan Pasir Puteh bersama Bob Lokman di sini, kelmarin.

Bob Lokman memang dikenali dalam industri hiburan dan keputusan beliau menjadi ahli Pas memulakan fenomena penyertaan ramai selebriti ke dalam parti itu seperti Aishah, Abby Abadi, Renggo Arrow dan Hairie Othman.

Ketika diminta mengulas fenomena itu, beliau berkata, mereka membuat pilihan tersebut kerana menyedari Pas lebih baik berbanding parti lain di negara ini.

“Apabila usia meningkat, pemikiran semakin matang lalu mereka memilih untuk menyokong kebenaran dan peribadi baik Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga merupakan faktor orang tertarik untuk bersama Pas.

“Saya berharap lebih ramai rakan artis menyertai Pas pada masa akan datang,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau mengakui menghadapi pelbagai cabaran selepas menyertai Pas, namun dianggap lumrah kerana bertekad menjadikan Pas sebagai wadah perjuangan untuk mempopularkan ALLAH SWT, seperti dicatat dalam blog beliau, 'Demi ALLAH'.

Bob yang terkenal sebagai pelakon, pelawak dan penulis lirik juga berkata, beliau tidak akan meneruskan aktiviti seni kerana menganggap bidang itu mengundang banyak keburukan.

“Saya sudah lama bergelumang dalam bidang ini dan saya mengakui secara jujur bahawa hiburan memudaratkan, tidak perlu beri alasan kerana seni,” katanya.SH

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....