Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 15 Ogos 2012

PR runding semula kerusi ambil kira senario Sabah

KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) akan berunding semula soal pembahagian kerusi di Sabah susulan perkembangan politik di negeri itu sejak dua minggu lalu.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sementara perundingan asal antara DAP, Pas dan PKR belum selesai, perkembangan terbaru memerlukan PR meneliti semula soal pembahagian kerusi.

"Kami akan berunding semula dengan mengambil kira apa yang berlaku di Sabah. Kami kena bertolak ansur dalam soal ini kerana perlu memberi ruang mereka yang akan bersama dengan kami di Sabah," kata beliau ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan akan ada pengurangan kerusi yang bakal ditandingi rakan-rakan komponen PR.

Berdasarkan laporan media sebelum ini, PR dipercayai akan mengekalkan formula pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum ke-12.

"Kemungkinan pengurangan kerusi kami tandingi ada, juga kemungkinan pertukaran kerusi di antara parti komponen PR sendiri.

"Ini semua akan kami bincang dalam waktu terdekat. Saya yakin boleh diselesaikan,  saya percaya parti-parti komponen akan bertolak ansur," kata beliau yang turut merujuk kepada perbincangan Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pemimpin-pemimpin Sabah kelmarin.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena ditanya soal perundingan PR berkenaan dengan pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sabah menyediakan 25 kerusi Parlimen dan 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

Empat tahun lalu, DAP bertanding di lima kerusi Parlimen dan PKR di 21 kawasan. Pas tidak meletakkan calon. Di peringkat Dun, Pas tanding di dua kerusi, DAP (10) manakala PKR pula 55.

Ahad lalu, Senator Datuk Maijol Mahap dilaporkan telah mengisytiharkan keluar Barisan Nasional (BN), menjadi pemimpin ketiga negeri itu berbuat demikian dalam tempoh tidak sampai sebulan. Mahap, Naib Presiden Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut (Upko).

Sebelum itu, Timbalan Presiden Upko, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran, mengisytiharkan peletakan jawatan. Turut keluar ialah pemimpin Umno Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin yang juga timbalan menteri pusat.

Selain perkembangan itu, kata Mahfuz, perbincangan juga akan mengambil kira sokongan Parti Maju Sabah (Sapp) dan parti-parti politik lain.

Sapp telah keluar BN akhir 2008.

"Dalam soal pembahagian kerusi, kita juga kena mengambil kira kedudukan Tuaran (Bumburing) dan Beaufort (Lajim)... mereka ada sokongan, kita perlu mempertimbangkan perkara ini," katanya lagi.SH

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....