Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 15 Ogos 2012

Abby Abadi terasa hati bila ditegur Ustaz Azhar Idrus?

Pada hujung minggu lalu telah berlangsungnya sebuah program agama yang melibatkan Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebagai penel utama. Turut hadir dalam majlis itu adalah Abby Abadi, Faizal Tahir dan Man Raja Lawak.

Pasti ramai yang mengetahui setiap ceramah UAI pasti menarik ribuan penonton apabila UAI seringkali menyelitkan unsur jenaka sewaktu dakwah.

Tapi kali ini lain pula jadinya apabila Abby Abadi seolah-olah malu apabila UAI menjawab persoalan yang diberikan oleh Abby sendiri.
Abby bertanya kepada UAI berkenaan isu artis yang berhijrah dan mula memperkatakan isu agama.

UAI menegaskan penghijrahan kepada sesuatu yang lebih baik menjadi kemestian untuk umat Islam lain suka dengan perubahan yang mereka lakukan.

Selain itu, antara jawapan UAI adalah; “Kadang-kadang kita ni artis, dulu kita lagha, sekarang kita ok dah, mulakan perjalanan.

Nombor satu, kita kena jaga. Jangan kita hentam kawan-kawan yang sama-sama dengan kita sekarang yang masih belum berhijrah.

Ahhh.. itu yang kita kena jaga,” kata UAI. Secara tiba-tiba Abby bersuara menyekat mesej yang cuba disampaikan oleh UAI.

Abby berkata, “Ustaz nak tuduh saya yek.. Itu fitnah. Itu tuduhan ustaz. Itu tuduhan.” Jika anda yang biasa mendengar ceramah UAI, pasti tahu cara UAI.

UAI lebih ‘direct’ dalam menyampaikan sesuatu mesej. Sebagai contoh sewaktu program bersama Zizan Raja Lawak suatu ketika dahulu.

Zizan tidak melenting dan ‘cool’ serta menerima secara positif nasihat UAI. Tetapi dari sudut sebagai seorang pengantara atau pengacara, Abby seharusnya tidak seharusnya cepat ‘melatah’ dengan mesej yang disampaikan oleh panel.

Apa salahnya jika Abby mendengar dahulu apa yang UAI cuba sampaikan dan terima dari sudut positif.

Diharap jangan ada pula komentator yang mengaitkan isu ini dengan politik kerana jelas tiada kaitan langsung dengan politik. Ikhlas.. sekadar teguran membina dari hamba Allah yang serba kekurangan..Hrkh

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sejak dari awal saya kurang senang bila PAS memberi ruang terlalu pantas pada abby utk berada di pentas..jika nak cerita tentang hijrah bawa lah artis yg sudah lama berubah..dan meninggalkan bidang seninya seperti azmil mustapha..abby baru saja bertudung beberapa bulan sudah diarak seolah srikandi muslimah..lebih baik lagi jika dipelawa orang yg baru memeluk islam utk cerita tentang hijrah mereka..setakat pakai tudung belum boleh dikira hijrah lg..cara hidup perlu jgk berubah..

Tanpa Nama berkata...

2 la..saya pun rasa PAS cm cepat sgt suh abby duk atas pentas berhujah..sy tak suka..sbb cara die cakap lagi nmpak die banyak benda x tau dan membuka aib die..seharusnya die diberi peluang dahulu untuk belajar dan bukan terus duk atas pentas untuk berhujah @ discus pasal agama dgn ustz..mgkin pihak PAS ase ni mgkin peluang utk die tarik rakan2 artis @ rakyat tgok penghijrahan die..tp pd masa yg sama, ketidakprofesionalan die jwb potong ayat mse UAI bgi penerangan, menampakkan kelemahan die yg disaksikan puluhan ribu penonton..skrg adalah masa untuk die menuntut ilmu..tempoh untuk memperbaiki diri..better x duduk sgt la atas pentas tu..sekadar nk kongsi pengalamn mcm mne die mula berubah 2 x pe..tp klo nk berdialog bersama ustz, bole, tp kne bwh pentas..sbbnye org kurg ilmu ni bila bercakap, mgkin ade byk silap dan bila dh buat silap, ramai org tgok dan akan menilai..

aburantisi berkata...

Korang ni banyak je komen kerja orang. Korang nak buat program nak ajak sape2. Buat la. Korang dah buat program ajak sape?

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....