Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 26 April 2012

Pengerusi SPR dan timbalannya ahli Umno ???

Saifuddin berkata beliau mengetahui butir-butir keahlian Umno Abdul Aziz dan Wan Ahmad. — Gambar fail

PETALING JAYA, 26 April — PKR mencabar Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, menafikan dakwaan mereka masih memegang keahlian Umno bagi membuktikan mereka adalah berkecuali daripada mana-mana parti politik.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dipetik Sinar Harian Online berkata, mana-mana anggota SPR tidak seharusnya menganggotai mana-mana parti, dan bersifat berkecuali supaya tidak cenderung kepada mana-mana pihak.

Beliau membangkitkan perkara ini ketika desas-desus Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam masa terdekat dan mempersoalkan ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihan raya.

Malah, Saifuddin turut menegaskan, pihaknya mempunyai bukti kukuh mengenai keanggotaan mereka dalam Umno — parti teras Barisan Nasional (BN).

“Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno (beliau). Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya.

“Mereka patut lepaslah (keahlian dalam Umno), jangan ada sekelumit prejudis dan prasangka bahawa SPR ini berpihak kepada mana-mana parti politik,” katanya.

“Saya juga ada maklumat di mana cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno),” katanya dalam satu temubual eksklusif di pejabatnya semalam.

“Saya minta, esok, mereka menafikan yang mereka bukan ahli Umno. Jika tidak, saya akan dedahkan di cawangan mana mereka menjadi ahli Umno,” katanya lagi.


Tambah Saifuddin, kedua-dua mereka seharusnya melepaskan jawatan dalam parti apabila dilantik menganggotai jawatan dalam agensi pengendali pilihan raya tersebut.

“Kalau ya pun, hati kecil biarlah dapat bersuara... dalam menguruskan SPR, pihak berkepentingan adalah rakyat,” katanya.

Malah, Saifuddin turut memuji tindakan yang diambil Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang melepaskan jawatan dalam parti sebagai Ketua Umno Bahagian Kota Marudu, apabila dilantik menjawat jawatan berkenaan.

Tambahnya lagi, Pandikar sendiri ada memaklumkan perkara itu kepadanya bahawa Abdul Aziz dan Wan Ahmad seharusnya mengikuti jejak langkah Speaker Dewan Rakyat terbabit.

“Itu (jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR) bukan jawatan politik, Agong yang lantik, mereka masih ahli Umno yang sah, saya minta mereka menafikan perkara tersebut,” katanya.

Pandikar dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat empat tahun lalu.Abdul Aziz menjadi Pengerusi SPR pada Januari 2009 manakala Wan Ahmad pula kira-kira setahun sebelumnya.

SPR telah menghadapi dakwaan berterusan daripada pembangkang dan badan pemerhati pilihan raya Gabungan Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih), yang mengatakan badan pengendali pilihan raya itu tidak telus dalam daftar pemilih mereka.

Disebalik tuduhan tersebut, SPR telah mengemukakan buku menjawab segala dakwaan dan fitnah berkenaan pada Rabu lalu yang menjawab 12 dakwaan pembangkang dan badan NGO terhadap suruhanjaya berkenaan.

Ekoran rasa puas hati terhadap sistem pilihan raya di negara ini, badan menuntut pilihan raya adil, Bersih telah membuat keputusan untuk mengadakan demonstrasi “Duduk Bantah” di Dataran Merdeka pada Sabtu ini.TMI

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin ini terlalu arif dengan strategic politik. Penyampaiannya mudah difahami orang hanya dengan sekali ulas, tidak berbelit belit. Beliau punya cara tersendiri untuk menarik minat semua golongan untuk mendengar "suara" beliau. Saya yakin, beliau adalah salah seorang yang dimaksudkan oleh Tun Mahathir. Tahniah untuk YB - teruskan berjuang.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....