Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 20 April 2012

Wan Ahmad dicabar letak jawatan, tanding tiket BN

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mengulas bahawa sebanyak RM30 juta wang pembayar cukai perlu dibelanjakan sekiranya Selangor tidak mengadakan pilihan raya umum serentak dengan kerajaan pusat.

Beliau juga menasihatkan agar semua kerajaan negeri jangan bermain politik dengan wang pembayar cukai yang akan menyebabkan bajet tambahan, latihan serta persediaan yang lebih diperlukan.

“Bagi DPPM, Datuk Wan Ahmad Wan Omar tidak sepatutnya mengulas soal pilihanraya berasingan di negeri Selangor atau pun tidak kerana itu bukan bidang tugas beliau dan SPR,” kata Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor (gambar).

Katanya, kenyataan seperti itu perlu dilontarkan oleh pemimpin parti politik seperti Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional.

Tambahnya, tugas SPR dan individu seperti Wan Ahmad adalah menjayakan pilihan raya mengikut tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau.

“Kenyataan ini menyerlahkan lagi belang beliau yang sebenarnya dan membayangkan seolah-olah beliau adalah Menteri Kewangan atau Perdana Menteri yang boleh memberikan pandangan politik terhadap mana-mana parti politik,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, DPPM hairan, mengapa kerajaan mengekalkan individu seperti beliau sebagai peneraju SPR.

Katanya lagi, kenyataan Wan Ahmad menambah curiga rakyat bahawa SPR adalah badan yang tidak bebas, serta masih terkongkong dengan pengaruh parti pemerintah.

Riduan menambah, ia mengesahkan lagi bahawa SPR sedang bekerja untuk memastikan kemenangan BN dalam PRU13 dengan pelbagai cara.

“Sepatutnya Datuk Wan Ahmad mengambil perhatian mengapa Pakatan Rakyat mahu menangguhkan pilihanraya di negeri Selangor.

“Ia berkait langsung dengan isu daftar pemilih di negeri berkenaan,” ujarnya lagi.

Beliau menambah, Wan Ahmad sepatutnya berterima kasih kepada Pakatan Rakyat yang berterusan menyemak daftar pemilih sehingga mampu menimbulkan beberapa keraguan.

Katanya, sejumlah 42,051 pengundi ragu daripada senarai daftar pemilih dapat dikesan yang perlu kepada pembersihan.

Ini, ujar Riduan belum termasuk jumlah peningkatan undi mendadak di beberapa buah Parlimen di Selangor dan negeri-negeri lain, serta dakwaan wujudnya task force pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

Justeru, katanya DPPM menyarankan Wan Ahmad supaya berterus-terang kepada rakyat bahawa beliau sememangnya berpihak kepada parti pemerintah.

“DPPM juga mencabar Datuk Wan Ahmad supaya meletak jawatan dan bertanding dalam PRU13 atas tiket BN.

“Buktikan beliau berpengaruh dan mampu memenangi PRU13. Ini lebih baik daripada terus berselindung di sebalik baju SPR,” ujarnya lagi.Hrkh

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lydgedr edembetsnthMemang sejak dri dulu Wan Ahmad ini lebih suka bercakap tentang isu yg berbau politik. Sebab itu tindakannya dalam SPR selalu menjaadi polemik.
Apakah orang seperti ini sedar bahawa dengan berbagai kerenah dan penipuan dlm PRU telah malahirkan sebuah kerajaan yang telah menjahanamkan ekonomi negara. Ribuan juta telah kehilangan.
Apakah dua tiga puluh juta itu besar harganya untuk mendapat satu pilihanraya yg adil telus dan dihormati.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....