Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 24 April 2012

Gambar : Rampas Tanah,Ribuan Berdemo Di Kuala Terengganu












KUALA TERENGGANU – Lima memorandum rakyat telah diserahkan sendiri oleh wakil-wakil Jawatankuasa terbabit dengan rampasan tanah kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said di Wisma Darul Iman, disini, Selasa 24 April.

Dr Azman Ibrahim mewakili Jawatakuasa Bertindak Tanah RTB Kubang Labi, Haji Muhyiddin Abdul Rashid mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Jelapang, Shalahuddin Jaafar mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Generasi Kedua Felda, Che Wan Musatafa Che Wan Kaman mewakili Seklah Rendah Islam Darul Bayan dan Salleh Embong mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Banggol Donas telah bertemu Ahmad said diluar Dewan Undangan Negeri Wisma pada kira-kira jam 11 pagi.

Sebelum itu mereka bersama-sama kira-kira ribuan rakyat Terengganu mengadakan demonstrasi aman membantah membantah rampasan tanah yang dilakukan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Turut sama ketika penyerahan memorandum tersebut adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut dan Timbalan-timbalan Pesuruhjaya serta Setiausaha Perhubungan Haji Yahaya Ali.

Kesemua wakil-wakil rakyat daripada PAS yang sedang bersidang di DUN turut sama dalam demonstrasi aman serta memberikan ucapan.

Antaranya adalah ADUN Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.BO

1 ulasan:

nia berkata...

video dye xde ke??

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....