Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 4 Mac 2012

'Hak Hasan Ali kalau nak saman' - Mahfuz Omar

SHAH ALAM – “Ikut dialah nak saman saya, saya bukan tuduh dia pun.” Demikian kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar ketika mengulas kenyataan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali semalam, mengumumkan mahu menyaman beliau berhubung dakwaan ditaja oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Beliau menegaskan, kenyataannya bukan tuduhan melulu, tetapi cuma mahu Kementerian Belia dan Sukan memberi penjelasan tentang isu tajaan lebih 2,000 program ceramah Hasan.

“Saya bukan tuduh dia (Hasan), saya hanya minta KBS beri penjelasan dan mahu kes ini disiasat dan diaudit, kenapa dia pula yang nak melatah. Kalau yang nak saman pun bukan dia, dia tak ada hak nak saman sebab bukan saya cakap dia terima duit, tetapi program dia ditaja.

"Jika terniat nak saman pun KBS, bukan dia,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Semalam, Hasan mengeluarkan kenyataan mahu menyaman Mahfuz berikutan tuduhan bahawa Kementerian Belia dan Sukan akan menaja lebih 2,000 program ceramahnya.

Mahfuz berkata, Hasan hanya salah faham dan oleh itu, diminta jangan berperangai seperti orang yang mengalami histeria.

“Orang bukan tuduh dia ambil duit atau apa, kami minta penjelasan Kementerian Belia dan Sukan saja, kenapa perlu dia melatah sampai nak saman,” katanya.

Apabila ditanya pemberita sama ada Mahfuz mempunyai bukti Kementerian Belia dan Sukan menaja program Hasan, beliau menegaskan, Pas cuma menuntut penjelasan sama ada benar maklumat diterima bahawa sejumlah RM30 juta disalurkan kepada cawangan berkenaan bagi membiayai ceramah Hasan di seluruh negara.

“Semalam ada program belia Regatta Kanu Hari Belia Kebangsaan pun dia ada sama beri taklimat, kalau diikutkan semua program belia sekarang dia mesti ada.

"Itu yang saya suruh siasat dan minta menteri berkenaan beri penjelasan program dia ditaja KBS atau tidak, bukan menuduh,” katanya.SH

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....