Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 27 Januari 2012

Panas !! Dr Syed Husin Ali saman Utusan, Zulkifli Noordin RM10 juta

KUALA LUMPUR 27 Jan: Senator Dewan Negara, Dr Syed Husin Ali memfailkan saman RM10 juta terhadap Utusan Melayu (M) Berhad dan Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin.

Syed Husin yang juga mantan Timbalan Presiden KEADILAN menamakan pengarang akhbar milik Umno, Datuk Abdul Aziz Ishak dalam writ saman melalui Tetuan Edwin Lim Suren & Soh.

Menurut peguam beliau, Fadiah Nadwa Fikri, tindakan itu diambil ekoran artikel yang diterbitkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 November 2011 bertajuk ‘Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin’.

Artikel itu pada asalnya dipetik berdasarkan blog Zulkifli mendakwa Syed Husin berbohong dan mengamalkan rasuah, ketika mengulas buku ‘Memoir Perjuangan Politik’ yang ditulis beliau.

Antara lain artikel itu mendakwa Syed Husin bersetuju jika mengosongkan kerusi Timbalan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji menawarkan jawatan dalam mana anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor dengan imbuhan bulanan antara RM50,000 hingga RM60,000 sebulan.

“Defenden-defenden pertama dan kedua telah secara palsu dan dengan niat jahat mencetak dan menerbitkan atau telah menyebabkan percetakan dan penerbitan perkataan-perkataan fitnah.

“Manakala defenden ketiga (Zulkifli) dalam blog peribadinya bertajuk “Anjing-Anjing Pencen” turut menerbitkan perkataan-perkataan fitnah,” kata Fadiah di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini.

Justeru itu katanya, plaintif mengambil kira ganti rugi sepadan dengan fitnah yang dilemparkan oleh defenden.
Syed Husin ketika ditemui pemberita berkata, artikel tersebut mengambarkan seolah-olah beliau ‘seorang hiprokit’ , ‘tidak layak menjadi ahli politik, menikam rakan-rakan parti, tidak berprinsip dan tidak layak memegang jawatan Timbalan Presiden KEADILAN.

“Tindakan menerbitkan artikel itu bukan sahaja memalukan saya, tetapi memalukan akhbar tersebut, di mana integriti mereka sehingga sanggup memaparkan berita fitnah.“Ia memalukan negara, sepatutnya akhbar mesti bebas melaporkan berita yang betul, bukannya fitnah dalam unsur politik bagi mempertahankan sesebuah kuasa,” katanya.Keadilandaily

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....