Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 24 Januari 2012

Bekas Pemimpin Umno dakwa pemimpin Melayu tipu bangsa sendiri

- Adakah ahli Umno di kampung-kampung percaya??

Kemiskinan orang Melayu bukanlah berpunca dari tindakan kaum lain, samada Cna atau India, yang tamak dan mengambil kesempatan dari ekonomi Negara.

Bekas wakil rakyat Umno, Dato’ Mohd Ariff Sabri Aziz bahkan mengatakan, perjuangan untuk membebaskan orang Melayu dari kemiskinan tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Dan usaha mencapai saham bumiputera 30% daripada kekayaan negara sebenarnya tidak pernah berkembang.

Beliau mengatakan demikian dalam tulisan terbarunya yang disiarkan sebuah laman berita internet.

Bekas ADUN Pulau Manis, Pahang itu menegaskan punca-punca kemunduran orang Melayu adalah disebabkan oleh tingkah laku pemimpin Melayu itu sendiri.

Katanya, Kepimpinan Melayu di semua peringkat tidak bertindak demi kepentingan orang Melayu sebenarnya.

Namun, katanya, 30 orang pemimpin elit orang Melayu bertambah baik kehidupannya.

Oleh itu, beliau berkata walaupun pemimpin Umno berjuang kononnya mempertahankan 30% pemilikan orang Melayu, sebenarnya mengeksploitasikan hak-hak tersebut untuk diri sendiri.

Pemimpin Elit Umno itulah yang sebenarnya yang menjadi perasuah dan pengampu yang berselindung disebalik ketuanan Melayu.Dato’ Mohd Ariff Sabri Aziz bukanlah calang-calang orang dalam Umno.
Beliau adalah bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ketuanya.

Jawatan Ketua Penerangan ini bukan ditentukan secara pemilihan, sebaliknya melalui cara lantikan oleh Ketua Bahagian.

Dato’ Mohd Ariff Sabri ialah orang kepercayaan Najib sehingga dipilih sendiri olehnya untuk menjadi Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan.

Dengan jawatan-jawatan yang pernah disandang olehnya, dan hubungan baiknya dengan Najib, adakah ia memberi kesan kepada orang-orang Melayu yang masih menyokong Umno.

Baru-baru ini juga, bekas Menteri Umno, Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir A.Kadir Sheikh Fazir mendakwa Umno gunakan wang pada kempen pilihan raya lalu untuk membeli undi.

Beliau berkata demikian dalam satu forum dengan menjelaskan mengalami pengalamannya sendiri memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi.

“Saya telah menjadi ketua dalam banyak kempen dan saya diberikan wang dalam jumlah yang banyak untuk diagihkan,

“Ia secara terang-terangan untuk membeli undi,” katanya.

>>> Baca lagi dari sumber >>>

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....