Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 24 Januari 2012

Serang Ceramah ABU/HINDRAF : Apa yang media pencacai UMNO/BN laporkan?

Laporan Berita Harian Online

Meskipun gambar-gambar serta video insiden serangan sekumpulan samseng yang dipercayai sekumpulan pemuda UMNO/BN telah tersebar meluas di internet dan juga blog, media tunggangan UMNO masih cuba untuk memutarbelit fakta.



Berita Harian dalam laporannya mengatakan kekecohan mula tercetus apabila kira-kira 1,000 penduduk yang tidak berpuas hati dengan ceramah itu mengepung dewan berkenaan.

Keadaan bertukar tegang apabila penduduk mendakwa ada penyokong HINDRAF yang hadir pada ceramah yang turut dihadiri Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, menyebut beberapa perkataan yang menyinggung perasaan mereka.Adakah kita sebodoh yang disangka Media tunggangan UMNO itu?

PETIKAN LAPORAN BERITA HARIAN ONLINE :
SHAH ALAM: Ceramah politik anjuran pertubuhan haram, Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF), di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Seksyen 30, Kampung Jalan Kebun, dekat sini, malam kelmarin, kecoh apabila kira-kira 1,000 penduduk yang tidak berpuas hati dengan ceramah itu mengepung dewan berkenaan.Dalam kejadian itu, seorang penyokong HINDRAF dilaporkan cedera dan dirawat di sebuah hospital swasta tetapi punca kecederaannya tidak dapat dipastikan
Keadaan bertukar tegang apabila penduduk mendakwa ada penyokong HINDRAF yang hadir pada ceramah yang turut dihadiri Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, menyebut beberapa perkataan yang menyinggung perasaan mereka.Penduduk mengepung dewan berkenaan pada jam 8.45 malam dan keadaan menjadi kecoh apabila mereka mendesak majlis yang turut dihadiri peguam, Harris Ibrahim dan Badrul Hisham Shaarin atau dikenali Cikgu Bard, dihentikan serta-merta.
Kejadian tegang itu berlarutan hampir dua jam, membabitkan pertelagahan antara penduduk dan penyokong kumpulan berkenaan, memaksa kira-kira 20 anggota polis, diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Mazlan Othman mengawal keadaan.Polis dengan kerjasama beberapa pemimpin parti politik berusaha mententeramkan keadaan dan persetujuan berjaya dicapai kira-kira jam 11 malam dengan meminta pihak penganjur yang dipercayai tidak mempunyai permit, bersurai bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Turut kelihatan mententeramkan penduduk, beberapa pemimpin setempat, termasuk Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Abdul Raof Mokhtar dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Sri Bakti, Adi Anwar Bahhari.Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Kamal Arifin Kainin, berkata, insiden itu dipercayai berpunca daripada keceluparan penyokong HINDRAF mengeluarkan kata-kata provokasi kepada penduduk kampung menyebabkan keadaan semakin tidak terkawal.Kamal Arifin berkata, ceramah itu dipercayai tidak mempunyai permit dan sepatutnya diadakan di tempat lain sebelum ia diadakan di dewan MBSA di kampung itu.
"Kami berusaha untuk mententeramkan keadaan walaupun sedar kemarahan penduduk memuncak dan menghargai usaha polis mengawal daripada berlaku kejadian tidak diingini," katanya.Beliau berkata, selain kata-kata yang menyinggung perasaan, penduduk juga berang dengan tindakan penganjur yang memulakan ceramah politik ketika penduduk sedang solat Maghrib.Pada masa sama, katanya, insiden berkenaan turut menggambarkan penduduk di kawasan itu jelas menolak kehadiran Mat Sabu sehingga memaksa pemimpin PAS itu meninggalkan tempat kejadian tanpa sempat berceramah - Berita Harian Online

Bandingkan laporan Berita Harian Online dan realiti apa yang berlaku melalui video dibawah,korang nilaikan sendiri :



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

akhbar syok sendiri...

Tanpa Nama berkata...

Nak bawa ke mana isu ni kalau dah polis pun bersengkongkol?KDN ? Lupakanlah. Balas balik?JANGAN, akn tercetus pergaduhan kaum dan membawa bencana lebih besar, silap2 hb PKR akn diharamkan. Cubalah SUHAKAM.

Tanpa Nama berkata...

Kejadian tegang itu berlarutan hampir dua jam, membabitkan pertelagahan antara penduduk dan penyokong kumpulan berkenaan, memaksa kira-kira 20 anggota polis, diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Mazlan Othman mengawal keadaan. TAK NAMPAK PUN BATANG HIDUNG POLIS. Alamak...

jongkerunai berkata...

dia x temu buku ngan ruas,aku jamin kalau aku ada kat situ ada yang masuk ICU,memang dasar samseng upahan umnoyahudi

Tanpa Nama berkata...

tunjuk power kat orang tua.....rasa malulah sebagai orang islam....apa salah mereka?setahu saya mereka tidak bersalah dan tidak mengacau ketenteraman rakyat....lebih baik kaki gengster macam ini pakai bra duduk kat rumah je....takde otak....perempuanke mereka?

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....