Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 28 Disember 2011

Aziz Bari Dialu Alukan Jika Berhasrat Sertai Pas

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Para pimpinan kanan PAS mengalu-alukan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Profesor Dr Abdul Aziz Bari (gambar) jika beliau berhasrat menyertai dan aktif dalam PAS.

Dua Naib Presiden PAS yang dihubungi, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar berkata, PAS mengalu-alukan Aziz Bari dan menganggap beliau bakal menjadi satu nilai tambah untuk PAS.

Pemuda PAS dalam kenyataannya sebelum ini mempelawa Dr Aziz menyertai PAS selepas menamatkan kerjayanya di kampus itu hujung bulan ini.

Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Raja Ahmad Al-Hiss, melalui PAS, Abdul Aziz boleh mempraktikkan ilmunya sebagai Pakar Undang-Undang dan Perlembagaan Negara di dalam membetulkan sistem negara dengan landasan yang betul dan tepat mengikut permahaman yang sebenar.

"Kami mengalu-alukan penyertaannya sebagai ahli politik bagi sama-sama membentuk sistem negara kita yang amat memerlukan ilmunya selama ini.

"Kami yakin penyertaan beliau kelak akan dapat memberikan manafaat yang baik kerana ilmu yang telah ajar selama ini akan diterjemahkan di dalam membentuk sebuah negara mengikut lunas Undang-Undang yang sebenar," katanya.

Malah ujarnya, ilmu dan kepakaran Abdul Aziz amat diperlukan bagi sama-sama memilihara Perlembagaan Negara yang acap kali menjadi satu pertikaian.

"Kami yakin dengan displin ilmu yang selama ini diamalkan oleh beliau akan terus terpelihara kerana beliau bukan sahaja mengajar tetapi bertindak menggumbal perundangan itu sendiri.

"Kami yakin dengan pilihan beliau di dalam memilih pentas politiknya selepas tidak lagi berkhidmat sebagai pensyarah ketika ini. Dan kami yakin penyertaan beliau kelak akan memantapkan lagi cita-cita PAS untuk melaksanakan Islam di tanahair kelak," katanya.

PAS ujarnya menunggu apa sahaja pendirian beliau untuk sama-sama berkhidmat kepada seluruh rakyat kelak malah sangat menghormati beliau sebagai seorang amat amat berpegang teguh dengan pendiriannya di dalam isu-isu negara selama berkhidmat dengan UIAM sebelum ini.

Mahfuz Omar berkata, pintu untuk sesiapa menyertai PAS sentiasa terbuka, apatah lagi untuk orang seperti Aziz Bari untuk terlibat secara langsung ke arah membantu membangnkan negara bersama PAS.

"Kalau itu menjadi hasrat beliau, saya sangat-sangat mengalu-alukan beliau bersama PAS," kata Mahfuz.

Salahuddin Ayub pula berkata, beliau yakin Aziz Bari seorang tokoh yang boleh menilai sendiri parti mana yang beliau nak.

"Kalau dia menyertai PAS, itu suatu nilai tambah yang sangat besar kepada PAS," katanya.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....