Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 13 Oktober 2011

Dewan Rakyat Kecoh Isu Elaun Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR: Isu pembatalan kenaikan gaji dan elaun ahli Parlimen merancakkan persidangan Dewan Rakyat apabila beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan pembangkang bertikam lidah mengenai cadanganberkenaan.

Kekecohan berlaku apabila Datuk Baharom Mohamad (BN-Sekijang) menyifatkan ahli Parlimen pembangkang sebagai hipokrit kerana menolak cadangan kenaikan gaji dan elaun seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam Bajet 2012.

Menurut Baharom, sikap hipokrit pembangkang begitu ketara apabila wakil rakyat mereka yang menganggotai Jawatankuasa Mengkaji Gaji dan Elaun Ahli Parlimen terlebih dahulu menyokong mengenai cadangan berkenaan.

"Dua wakil pembangkang dalam jawatankuasa berkenaan adalah Ahli Parlimen PAS-Kubang Kerian (Salahuddin Ayub) dan PKR-Kuala Langat (Abdullah Sani Abdul Hamid)," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undangPerbekalan 2012 di sini, Khamis.

Kenyataan Baharom itu mengundang Abdullah Sani untuk bangun bagi mempertahankan pendiriannya bahawa kenaikan gaji dan elaun itu memang diperlukan namun pada masa yang sama menegaskan bahawa ia tidak sesuaidilaksanakan sekarang.

Kemudiannya Khalid Samad (PAS-Shah Alam) turut mencelah bagi menyokong kenyataan Abdullah Sani.

"Belum sesuai masanya, sekarang tak sesuai nak naikkan lagi... lagipun sekarang kerajaan BN menghadapi bajet defisit," katanya.

Namun kenyataan kedua-dua wakil rakyat pembangkang itu disangkal Baharom dan menegaskan bahawa kerajaan mempunyai bajet yang cukupuntuk melaksanakan cadangan tersebut.

"Dah beri kelulusan untuk kaji (gaji dan elaun) itu bermakna ada bajet la.

"Perdana Menteri dengar rintihan wakil rakyat kerana beliau tahukenaikan itu dapat digunakan untuk rakyat juga," katanya.

Mendengar penjelasan berkenaan, Khalid masih enggan mengaku kalah dan bingkas bangun sekali lagi dan berkata:

"Rintihan kami (pembangkang) adalah peruntukan RM1 juta seperti mana yang diperoleh Ahli Parlimen BN dan jika ia diberi tentu kami dapatmemberi khidmat yang baik kepada rakyat."

Jumaat lalu, Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2012 di DewanRakyat mengumumkan bahawa kerajaan akan mengkaji semula gaji dan elaunahli Parlimen sekiranya mendapat sokongan penuh wakil rakyat kerajaan,pembangkang dan bebas.

Bagaimanapun, bantahan empat pemimpin utama pembangkang iaitu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Salahuddinyang juga Naib Presiden PAS menyebabkan kerajaan menarik balik cadangan berkenaan.Mstar

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MP umnok/bn tak naik elaun pun tak pa, sebab 'duit ...... banyak dapat'

Tanpa Nama berkata...

anwar ibrahim,azmin ali dan guan eng pun dah kaya....azmin boleh pakai ferarri lagi... guan toksah cakap la...gaji jadi pengerusi PBA pun dah rm 50000...tak campur gaji2 lain lagi

Rakyat Kecil berkata...

Ptuihhhhh !!!!!!!!! toksah nak kelentong la !!! Ahli Parlimen BN lebih kaya dari semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.Mereka dapat peruntukan lagi RM 1 juta setiap seorang.Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mana dapat ???? Tu pun masih duk terlalak mahu naikkan elaun.Berapa ramai dari mereka yang menjadi pengerusi syarikat GLC yang bergaji puluhan ribu.Rakyat sekarang dah cerdik laaaa....

Tanpa Nama berkata...

Aku tgk semua ADUN / MP UMNO kaya raya beb..ketua cawangan pun dah kaya apa lagi laa yg dok atas tu..Tahniah buat bangsaku. Kena bersyukur kalau org Melayu kita berjaya ni..Jgn iri dan dengki..

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....