Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 13 Oktober 2011

Hudud: PAS panggil Pang Chow


KUALA LUMPUR, 13 Okt: Ekoran beberapa kenyataan media yang dilihat tidak selari dengan dasar parti, PAS hari ini bertindak untuk mendapatkan penjelasan sebenar daripada pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chow atas dasar mengeratkan muafakat dan sangka baik dalam parti.
 
Dalam satu kenyataan hari, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Jawatankuasa PAS Pusat akan memanggil Hu dalam masa terdekat untuk memberi maklumat sebenar berhubung beberapa kenyataan terbuka beliau di media yang dilaporkan tidak selari dengan dasar parti.

“Sebagai sebuah parti politik yang besar, kita memahami terdapat kadang-kala berlaku salah lapor dalam media berhubung beberapa kenyataan pimpinan. Oleh kerana itu, jalan terbaik ialah mendapat penjelasan langsung dari yang terlibat,” kata beliau.

Kebelakangan ini, kenyataan Hu yang mempertikaikan keinginan PAS Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud telah dimainkan secara hangat di media arus perdana. Awal minggu ini, akhbar Sinar Harian hari telah menyiarkan di muka depannya laporan kenyataan Hu yang kononnya 20,000 ahli DHPP akan keluar meninggalkan PAS jika hudud dilaksanakan.

Hu bagaimanapun telah menafikan sekeras-kerasnya ugutan tersebut dan berkata beliau sebagai “salah seorang pengasas kelab penyokong PAS yang kini menjadi DHPP, tidak  ada sebab saya buat demikian.”

Tuan Ibrahim berkata PAS tidak menafikan sebagai parti yang besar, parti Islam tersebut juga dilanda pelbagai isu dalaman.

“Atas dasar itu, PAS sudahpun mempunyai pelbagai saluran parti untuk mendapatkan maklumbalas dan penjelasan tentang sesuatu isu dalaman.

Diharapkan ahli-ahli PAS dan DHPP boleh menggunakan saluran ini untuk mendapatkan penjelasan kepada isu-isu yang bersifat dalaman, yakni jabatan penerangan akan cuba menyelesaikannya secepat mungkin,” kata beliau.
Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menasihatkan semua ahli PAS and DHPP untuk bersangka baiklah sesama sendiri untuk membawa kemajuan dalam parti.

“Ruang demokrasi dalam PAS adalah besar, namun apabila ia melibatkan isu dalaman, disarankan agar semua ahli selesaikan secara demokrasi di dalam parti. Jangan jadikan isu dalaman menjadi isu luaran yang seringkali diambil kesempatan oleh musuh untuk menyerang parti. Jangan sesekali bagi media perdana, terutamanya yang dikuasai musuh, peluang untuk ‘mengadakan yang tiada dan memperbesarkan yang kecil’ lebih-lebih lagi dalam keadaan PRU13 semakin mendekat,” nasihat beliau.

Beliau juga menyeru agar seluruh jentera parti menumpukan usaha mempertahankan kemenangan yang telah dicapai serta meningkatkan usaha bagi mencapai kemenangan menyeluruh dalam PRU13 nanti. Tuan Ibrahim juga menasihatkan kesemua ahli PAS and DHPP bahawa kemuncut-kemuncut dalam perjuangan seharusnya tidak menjadi dan dijadikan alasan untuk mengganggu fokus dan tumpuan kerja.
“Dalam situasi parti sedang membuat persiapan akhir bagi memperkemaskan jentera pilihanraya umum, sewajarnya semua ahli PAS dan DHPP perlu mengeratkan kerjasama dan muafakat untuk menghadapi musuh. Senjata perlu dihalakan kepada musuh,” nasihat beliau lagi.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....