Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 12 April 2011

Video : Elak Dari Bayar Bonus,Pekerja Saman Utusan Melayu



KUALA LUMPUR 12 APRIL : Sekumpulan pekerja Utusan Melayu hari ini menyaman Utusan Malaysia, menuduh syarikat itu "menyembunyikan" keuntungan syarikat untuk mengelak daripada membayar bonus kepada pekerja sejak tahun 2009.

Utusan didakwa memindahkan lebih RM76 juta kepada beberapa anak syarikatnya semata-mata untuk melaporkan kerugian dalam laporan tahunan syarikat dan laporan audit serta penyata kewangan lembaga pengarah pada tahun yang sama.

Menurut laporan audit tersebut, pada 2009, Utusan mengalami kerugian sebanyak RM 26.1 juta, namun anak syarikat akhbar kawalan Umno itu mencatatkan keuntungan.

Lapan kakitangan mewakili warga kerja Utusan menfailkan tuntutan terhadap Utusan di Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur, berserta dokumen-dokumen untuk menyokong pertuduhan mereka.

"Para pekerja menyatakan Utusan Melayu sebenarnya mendapat keuntungan yang tinggi, bagaimanapun Utusan menyatakan 'Kumpulan Utusan memang mendapat keuntungan, tetapi Utusan tidak. Tetapi bila kami meneliti akaun, kami dapati berjuta-juta ringgit dipinjamkan kepada anak syarikat," kata peguam pekerja terbabit, M.Ravindran.

"Hal ini ibarat ibubapa membenarkan anak tiri mereka berparti dan berhibur sedangkan anak kandung mereka dibiarkan tanpa dibela. NUJ merasakan hal ini tidak adil dan bertindak ke mahkamah," kata beliau kepada para wartawan di mahkamah.

Tuntutan didengar oleh Pengerusi Mahkamah Industri Malaysia Susila Sithamparam di Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur hari ini.

Laporan audit tersebut menyatakan sebanyak RM 37.5 juta diberi kepada 'Utusan Media Sales' (UMES), RM 17.1 juta kepada 'Utusan Printcorp Sdn Bhd', RM 3.4 juta kepada Utusan Publication & Distribution Sdn Bhd, RM 5.5 juta kepada Utusan Sight & Sound manakala RM 5.4 juta lagi kepada PT. Sinar.

Utusan Melayu adalah antara syarikat akhbar terbesar di Malaysia dengan edaran lebih 250 ribu naskah sehari pada 2004 dan menerbitkan akhbar aliran utama negara ini seperti Utusan Malaysia dan Kosmo.

Namun jumlah edaran akhbar Utusan Malaysia merudum daripada 213,000 kepada 169,000 (-21%) dalam tempoh 2005-2009.

Presiden Kesatun Wartawan Kebangsaan Hata Wahari yang juga wartawan kanan Utusan Melayu berkata kejatuhan itu adalah natijah kecenderungan akhbar itu melaporkan berita berat sebelah.

Menurut seorang wakil pekerja yang tidak dinamakan, pekerja Utusan Malaysia sepatutnya menerima bonus dua bulan setengah setiap tahun jika Utusan mendapat keuntungan.

Beliau berpendapat 'pihak atasan' menyembunyikan hal tersebut dan membolot sendiri keuntungan itu tanpa memikirkan nasib pekerja khususnya wartawan.

"Apa yang ditulis (dalam laporan audit) itu hanya alasan saja. Mereka yang ambil duit itu," katanya kepada TV Selangor.

Seorang lagi wakil Utusan menyatakan perkara ini berlaku selepas pertukaran jawatan tertinggi Kumpulan Utusan pada November 2008.

Beliau menyatakan sanggup menghadapi risiko ini bagi membela nasib mereka yang ibarat di'anaktiri'kan syarikat sendiri.

"Tak logik anak syarikat dapat bonus, kita tak dapat bonus," kata beliau.TVS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ape ade hal. Korang pun dah kenyang fitnahkan orang lain melalui ruangan akhbar korang kan.

Tanpa Nama berkata...

Tu la jangan dok buat cerita tak baik pada orang. Kan ini dah kena kencing.

Tanpa Nama berkata...

Pakar kencing dah kena kencing... baru la padah muka korang... hahaha

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....