Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 12 April 2011

[ Video ] Al Fatihah : Juruterbang Helikopter Terhempas Yang Membawa Rombongan Muhyiddin Meninggal Dunia




Helikopter yang membawa rombongan TPM terhempas di Sibu petang tadi yang mengorbankan juruterbangnya

SIBU, 11 April — Juruterbang helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri yang terhempas petang tadi, Sahimi Ghazali( gambar kiri ), meninggal dunia di Hospital Sibu, malam ini.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam, tujuh jam selepas nahas.

Dalam pada itu, laporan Bernama Online memetik Ketua Polis Daerah Sibu Shafie Ismail sebagai berkata jenazah Sahimi, 38, akan diuruskan keluarganya yang akan datang ke Sibu dari Kuala Lumpur malam ini.

Sahimi cedera parah apabila helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air yang dipandunya terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu di sini pada pukul 1.50 tengah hari setelah menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk terus digegaskan ke Hospital Sibu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Shafie berkata helikopter yang baru tiba dari Bintangor, Sarikei merupakan sebuah daripada tiga buah helikopter, yang membawa rombongan Muhyiddin melakukan tinjauan mesra di sana.

Beliau berkata sebaik sahaja menurunkan semua penumpang, helikopter berkenaan mahu meneruskan penerbangan ke Lapangan Terbang Sibu.

“Tiba-tiba helikopter yang berada pada ketinggian kira-kira tiga meter itu dipercayai hilang kawalan dan terhuyung-hayang sebelum jatuh,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Shafie berkata juruterbang, yang bersendirian dalam helikopter itu, tersepit sebelum orang ramai membantu untuk mengeluarkannya.

Kata beliau, empat orang awam menarik juruterbang keluar dari pesawat dan digegaskan ke Hospital Sibu.

“Punca kejadian masih disiasat. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menghantar sebuah pasukan untuk membuat siasatan esok,” katanya.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....