Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 20 Disember 2011

Blogger pro-Umno pula ugut mahasiswa yang turunkan bendera Najib

PETALING JAYA: Seorang pemimpin mahasiswa, Adam Adli Halim( gambar ) dari Legasi Mahasiswa Progressif (LMP) mendakwa beliau diugut oleh blogger pro-Umno seperti Papagomo, PAS Beruk dan Azmy Kelana Jaya.

Beliau yang bertindak menurunkan bendera Perdana Menteri sebagai protes terhadap sistem pengajian tinggi yang tertutup dan menyekat para akademik dan mahasiswa telah menerima pelbagai ugutan termasuk ugutan bunuh, pukul, ludah dan caci maki.

Menurut satu kenyataan media dari Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Adam Adli juga menerima kiriman SMS malah video melalui Youtube yang dihantar oleh Pemuda Umno Petaling Jaya Utara yang mengugut ingin meludah dan memukul mahasiswa ini.

“Tindakan ini jelas menunjukkan budaya samseng semakin meluas dalam Umno,” kata Pengarah Biro Mahasiswa AMK, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli menerusi kenyataan media tersebut.

Umno katanya, cuba mewujudkan politik takut (Politic of Fear) di kalangan mahasiswa yang pada hari ini celik menolak corak kepemimpinan Umno yang zalim dan jumud sebagai langkah untuk membendung mereka dari terus bangkit.

“Mahasiswa kini bangun menuntut agar diberi kebebasan dan keterbukaan untuk para mahasiswa bergerak dan berakademik.

“TIndakan menutup ruang mahasiswa jelas menunjukkan bahawa Umno tidak memahami hasrat dan inspirasi mahasiswa untuk melihat masa depan Malaysia yang lebih cerah,” terangnya.

Tegas beliau, “kami ingin mengingatkan pihak yang mengugut mahasiswa termasuk Pemuda Umno, samseng-samseng dan pihak universiti agar berhenti mengugut dan mengasari mahasiswa jika tidak mahu berhadapan dengan kebangkitan rakyat.”

Menurut Saifullah, sejarah Indonesia pada Reformasi 1998 telah membuktikan gerakan mahasiswa mampu menumbang sesebuah regim.

“Tindakan pemerintah yang mengasari mahasiswa sehinggakan tiga mahasiswa Universitas Trisakti meninggal dunia mengakibatkan kebangkitan anak muda dan rakyat menentang kerajaan yang zalim.

“Kami ingin memberi amaran bahawa kebangkitan anak muda di Indonesia ini bakal berlangsung di Malaysia natijah daripada kebobrokan dan keangkuhan pemerintah Umno-Barisan Nasional mentadbir negara,” katanya.FMT

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....