Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 20 Disember 2011

Solat Jumaat Berasingan : Berita Harian Dan Umno Bohongi Rakyat

Artikel Berita Harian yang mengaitkan Masjid Padang sebagai antara premis penyokong PAS menunaikan solat Jumaat berasingan

BESUT - Tidak ada masjid lain selain dari masjid kampung Padang Landak dan hanya sanya ada satu sahaja masjid di kampung Padang Landak dalam daerah ini.

Oleh itu, ia amat-amat menghairankan apabila Berita Harian melaporkan dan memaparkan masjid Kampung Padang Landak sebagai premis penyokong PAS menunaikan solat Jumaat berasingan, sedangkan itulah satu-satunya masjid yang mendirikan solat Jumaat dalam kampong tersebut.
“Di saat umat Islam berada dalam keadaan tenang bagi menghadapi saat pilihanraya yang semakin hampir,

“UMNO kembali memalu gendang berirama songsang untuk mengheret rakyat berbicara sesuatu yang terpisah dari realiti sebenar sama sekali,”ujar Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

Beliau selaku Yang DiPertua PAS Besut menyifatkan laporan akhbar yang diketahui ramai dimiliki oleh Umno itu, adalah berniat jahat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu bohong yang diputarkan oleh Umno berhubung menunakan solat Jumaat berasingan.

“UMNO tidak wajar memberi gambaran yang salah, apa lagi berbohong dalam melaporkan sesuatu. Kita bimbang kebiasaan ini akan menjadi style bicara mereka secara bersahaja sehingga tidak dapat membezakan maklumat yang benar untuk Tuanku Sultan.

“Saya percaya rumah kediaman bekas Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu yang juga bekas Menteri Besar Terengganu berada dalam jarak yang membolehkan beliau mengesahkan kenyataan saya,”jelasnya.

Justeru, PAS Kawasan Besut mengesyorkan agar Ahmad Sad selaku ketua kerajaan UMNO/BN segera mengadap Ke Bawah Duli Tuanku bagi memohon perkenan dan keampunan baginda.

“Eloklah Ahmad Said pergi mengadap Tuanku, jika wujud sebarang pembohongan dalam sebarang maklumat yang diberi.
“Amat tidak berakhlak jika pemimpin negeri yang berslogankan Ulil Al Bab, merakyatkan pentadbiran dan pembangunan, tapi mewarnai kehidupan dan tingkah laku mereka umpama masyarakat jahiliah,”tegasnya.

Beliau yakin, UMNO kembali memutar isu lapok dan ‘kitar semula’ seperti ini termasuk isu kafir mengkafir, untuk menutup isu sebenar yang membelenggu kepimpinan kerajaan negeri dan pusat.

Menurut Wan Azhar, masjid Kampung Padang Landak adalah dibina melalui sumbangan orang ramai dan apabila ia siap, seluruh masyarakat kampung terbabit bersetuju dan bersepakat mendirikan solat Jumaat disitu.

Semakan Buletinonline melalui laman rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu mengesahkan hanya ada enam buah masjid kerajaan yang terdapat dalam daerah Besut.

Masjid tersebut adalah, masjid Nasiruddin (masjid daerah), masjid bandar Jerteh (masjid utama daerah), masjid Kuala Besut, masjid Gong Pasir, masjid Jabi dan masjid Bukit Payong.

Masjid Kampung Padang Landak tidak dimasukkan dalam senarai yang dipaparkan dalam lama web terbabit.BO

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....