Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 4 November 2011

Nazri Aziz Hina Mahkamah ???


KUALA LUMPUR 4 Nov: Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) masih kekal dan terus digunakan di universiti, disifatkan sebagai menghina mahkamah.

Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon berkata, kenyataan Nazri itu sekali lagi menghakis sistem pengasingan kuasa badan eksekutif dan kehakiman di negara ini.

“Nazri Aziz cuba bermain dengan terminologi undang-undang dengan mendakwa kononnya keputusan Mahkamah Rayuan itu hanya satu pandangan institusi kehakiman sahaja.

“Namun, hakikatnya, majoriti rakyat menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Auku bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau melihat kenyataan menteri itu juga sebagai ‘amaran’ terhadap mahasiswa bahawa usaha memansuhkan undang-undang zalim sangat sukar di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

“Auku bukan sekadar undang-undang lapuk, malah ia kerap dimanipulasi kerajaan Umno BN untuk mengekang kebebasan mahasiswa sejak ia dilulus parlimen pada 1971,” katanya.

Oleh itu, beliau mendesak pentadbiran Najib memberi jawapan segera secara rasmi bahawa Auku perlu dimansuh selaras dengan keputusan yang dibuat mahkamah itu.

“Kerajaan perlu akur bahawa prestasi akademik di Malaysia yang kian merosot adalah disebabkan kewujudan Auku yang menyekat kebebasan akademik,” katanya lagi.

Pada 31 Oktober lalu, mahkamah rayuan memutuskan seksyen 15 (5) dalam AUKU yang membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya yang terlibat dalam parti politik sebagai tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.

Keputusan itu dibuat secara majoriti apabila Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Datuk Linton Albert membenarkan rayuan empat bekas mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang didakwa terlibat dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Hulu Selangor April 2010.Keadilandaily

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....