Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 14 November 2011

Kes Video Seks: Sukarnya Membuktikan Anwar Terlibat


Semakin hampir tarikh pilihanraya ke-13 maka semakin banyak serangan yang ditujukan kepada tokoh penyatu Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim. Terbaharu, beliau akan disiasat pada 17 November ini berhubung kesalahan membuat laporan palsu terhadap pihak yang menayangkan video seks yang memfitnahnya .

Penyiasatan itu membawa implikasi kemungkinan Anwar bakal didakwa melakukan pembohongan kerana menafikan beliau tidak berzina dengan pelacur sebagaimana yang dipaparkan di dalam video seks yang menggemparkan negara pada April lalu.

Sungguh pun sukar membuktikan Anwar terlibat namun memanggilnya untuk siasatan pembohongan itu menimbulkan persepsi bahawa Ketua Pembangkang itu memang benar-benar melakukan perbuatan terkutuk berkenaan.

Persepsi biar pun tidak benar akan dibawa ke kampung-kampung di mana orang Melayu mendominasi sokongan politik. Di kubu kuat Umno inilah parti itu akan memperbodohkan orang Melayu bahawa jangan mempercayai Anwar yang suatu ketika pernah meliwat dan kini melanggan pelacur pula.

Orang kampung tidak mempunyai kemudahan internet untuk menyemak berita. Hanya yang disogokkan kepada mereka maka itulah nilai yang mereka akan terima bulat-bulat dan dipercayai sehingga ke hari mengundi. Umno-BN mengharapkan penipuan itu akan memenangkan mereka di kawasan Malay Heart Land seperti Kedah, Terengganu, Pahang dan Perlis.

Bukti bodoh

Membuktikan Anwar terlibat berzina sama susahnya membuktikan Anwar meliwat. Dalam kes liwat yang sedang dibicarakan doktor yang melakukan pembedahan tulang belakang ke atas Ketua Umum PKR dan masih merawatnya, Dr Hoogland mengakui Anwar tidak mungkin melakukan aksi liwat berdasarkan kondisi kesihatannya.


Dr Hoogland menegaskan Anwar tidak mampu untuk berlutut yang akan menimbulkan kesakitan melampau kepada pinggang beliau apabila melakukan aksi tersebut. Apatah lagi untuk memaksa Saiful melakukan aksi, yang menuntut kekuatan ‘seorang tua’ ke atas ‘orang muda’. Itu adalah mustahil.

Lebih sukar lagi membuktikan Anwar melaklukan aksi zina. Alibi twitter dan facebook Anwar telah mengesahkan ketika waktu dirakamkan aksi persetubuhan itu tertuduh aktif mengemaskini akaun dalam laman sosial tersebut.

Tidak ditunjukkan dalam rakaman watak pelakon yang menyerupai Anwar menghadapi lap top atau bermain-main dengan telefonnya sebelum berlakunya aksi. Begitu juga pada hari kejadian – sama seperti liwat – Anwar mempunyai alibi kukuh beliau berada di rumah bersama keluarga dan beberapa orang pembantunya.

Namun perkara yang paling sukar tentulah aksi persetubuhan itu sendiri. Sebahagiannya telah pun tersebar di internet. Aksi yang tidak boleh dipercayai dilakukan seorang tua berumur hampir 70 tahun. Aksi yang dipertontonkan kepada wartawan melibatkan pelbagai posisi. Terlentang, mengereng dan aksi yang melibatkan pelakon menggunakan kekuatan pinggang yang maksimum.

Seseorang yang telah tua sukar melakukannya apatah lagi seorang tua yang mengalami sakit pinggang dan mengalami pengecutan saraf belakang. Satu lagi fakta yang sukar diterima adalah ukuran alat sulit pelakon yang terlalu panjang untuk saiz lelaki Melayu. Melainkan lelaki berdarah campuran. Untuk lelaki mat saleh pun ukuran saiz itu hanya relevan dengan ketinggian tubuh menghampiri 6 kaki.

Sedangkan Anwar kurang daripada 5 kaki 5 inci. Bagaimanakah agaknya jika kes itu dibawa ke mahkamah dan keterangan doktor hospital HKL diambil kira. Fakta saiz alat sulit telah diukur dalam pemeriksaan ke atas Anwar. Bagaimanakah untuk menipu gambar yang telah dirakam dengan saiz sebenar yang diukur.

Mendakwa Anwar berbohong adalah suatu kerja gila. Namun mengapakah Peguam Negara membenarkan Anwar disiasat membuat laporan palsu?

Strategi makan tuan

Semua itu tidak lebih daripada strategi pilihanraya BN. Sejak 1998 taktik memalukan musuh politik telah menjadi perkara rasmi dalam sebarang kempen pilihanraya. Apatah lagi pada waktu negara menghadapi kemuraman ekonomi dan isu pembaziran, kronisme dan nepotisme yang amat membelenggu. Tidak ada satu jalan keluar yang paling mudah dan ‘meletup’ sehingga rakyat melupakan perkara lain selain isu besar itu.
Isu gosip seks akan menyebabkan rakyat tersentak dan mengalihkan perhatian. Namun adakah masih berkesan taktik yang digunakan sejak 1998 itu? Dari segi taktikal ia adalah langkah bunuh diri menghadapi kesedaran politik rakyat kawasan bandar.

Rakyat yang terbuka dengan media baru di internet akan mencari sendiri kebenaran. Malah gambar lakonan persetubuhan itu juga mudah ditemui. Sesiapa yang menemuinya pasti ketika itu juga akan tahu mustahil Anwar melakukannya.

Namun Umno-BN masih menaruh harapan kepada pengundi luar bandar yang dianggap lebih bodoh berbanding di bandar. Bagaimanapun hujah itu masih dilihat bertentangan dengan realiti apabila keputusan pilihanraya 1999 menyaksikan rakyat kawasan luar bandar juga mengundi parti pembangkang. Terengganu amat jauh dari media internet tetapi jatuh ke tangan PAS-BA.

Keadaan yang sama juga dibuktikan apabila 100,000 rakyat keluar ke jalan raya pada 9 Julai lalu. Mengapakah mereka menunjuk perasaan terhadap kerajaan BN yang membela kebenaran dan menidakkan fakta, tanpa BN, Anwar yang amat teruk moralnya akan mengambil alih pemerintahan.

Jawapan untuk soalan itu amat mudah. Rakyat hanya terkejut pada pertama kali kes liwat disebar kepada umum pada 1998. Setahun selepas itu tidak ramai lagi yang percaya. Apatah lagi agenda liwat kedua diatur pada 2008 selepas agenda pertama dibuktikan Anwar tidak bersalah oleh Mahkamah Persekutuan.

Jadi, sekiranya Anwar sekali lagi didakwa atas tuduhan yang mengarut maka rakyat bukan sahaja tidak percaya malah akan menjadi muak. Sama keadaannya dengan himpunan Bersih. Sekiranya tidak ditentang dan disekat serta dibenarkan menggunakan stadium maka tidak ramai akan menyertainya sebagaimana perhimpunan Himpun yang tidak lebih 3,000 orang.

Apabila dihalang maka simpati dan perasaan ingin tahu menyebabkan himpunan itu disertai puluhan ribu. Populariti Anwar sudah dikalahkan Najib dalam usaha pemulihan imej PM yang memberangsangkan. Memfitnah tokoh pembangkang itu hanya akan menimbulkan simpati terbaharu ke atas beliau.

Penasihat Najib amat bodoh jika mengandalkan skandal ini untuk BN menang 2/3 kerusi parlimen dalam PRU tahun hadapan. Sebaliknya PR akan mendapat isu baru dan mudah mempertahankan kawasan yang dimenangi pada 2008. Jangan harap Najib akan mencapai kemenangan besar sebagaimana yang diucapkannya dalam ceramah sejurus selepas kembali dari mengerjakan haji!

2 ulasan:

otaistillkick berkata...

semakin banyak cerita sex , semakin menyampah dengan umno / bn. Tak kan umno /bn tidak bolih fikir dua orang anggota polis membunuh altantuya tanpa motif dan arahan.

Yong berkata...

Semakin lama semakin menyampah Yong pada BN. Semakin demer buat citer porno semakin jauh orang yang duduk atas pagar.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....