Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 14 November 2011

Laporan Khas : Tahniah !!! Kewangan Kelantan Diurus Dengan Cemerlang

OLEH : WAN NORDIN WAN YAACOB

KELANTAN antara negeri yang pada pandangan Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2010 menggayakan prestasi penjimatan cemerlang yang diamalkan pentadbiran Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kecemerlangan menjayakan penjimatan dan seterusnya mengurangkan ketirisan dalam pelaksanaan projek membantu rakyat terbukti dalam laporan tersebut yang dikeluarkan barubaru ini
Laporan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Amrin Buang mendedahkan mengenai Negeri Kelantan bagi tahun 2010 lalu adalah meliputi aspek penyata kewangan kerajaan negeri dan pengurusan kewangan jabatan/ agensi.
Laporan itu disediakan hasil daripada pengauditan yang dijalankan di beberapa Jabatan/ Agensi Negeri sepanjang tahun 2010.
Di antara agensi terlibat 10 jabatan ialah Pejabat Perbendaharaan Negeri, Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Jabatan Pertanian Negeri, Jabatan Kerja Raya Negeri, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri, Jabatan Perikanan Negeri Kelantan, Jabatan Perhutanan Negeri, dan Pejabat Pembangunan Negeri.
Kata laporan itu, kesemua jabatan yang diaudit itu boleh dikatakan hampir 90 peratus perkhidmatannya adalah terlibat secara langsung dalam menyediakan kemudahan untuk rakyat.
Berdasarkan peruntukan bajet 2010, kesemua bajet bagi 10 jabatan yang diaudit adalah berjumlah RM192.25 (termasuk perbelanjaan mengejut).
“Namun apa yang berlaku, perbelanjaan sebenar ialah sebanyak RM168.24. Maka ia boleh dianggap sebagai penjimatan kira-kira RM24 juta. Kesan penjimatan itu, maka nilai defisit bajet kerajaan negeri dapat diatasi,” kata laporan tersebut.
Demikian pula, dilaporkan akaun kena bayar (AKB) negeri Kelantan turut menurun, iaitu pada tahun 2010, jumlah AKB adalah RM15.99 juta berbanding RM38.87 juta pada tahun 2009. Ia adalah penurunan sebanyak RM22.88 juta atau 58.9 peratus yang mana sekali gus boleh dikatakan beban tanggungan hutang (apa-apa perbelanjaan yang sepatut dibayar) telah menunjukkan prestasi baik dari segi beban.
Ia berpunca daripada pengurusan membayar yang dianggap cekap yang disokong oleh sumber kewangan yang ada dan ketulusan amalan kewangan, kata laporan itu lagi.
Demikian juga, kerajaan Kelantan dilihat turut melaksanakan strategi pembangunan masa depan yang menjamin penerusan sumber hasil negeri, iaitu perhutanan. Ia dapat dilihat menerusi Kumpulan Wang Pembangunan Hutan yang diwujudkan.
Kumpulan wang ini bertujuan untuk melaksanakan pelbagai projek seperti menyedia, melaksana dan mengkaji semula rancangan pengurusan hutan negeri.
Pada tahun 2010, baki Kumpulan Wang ini meningkat sebanyak RM3.67 juta atau 8.2 peratus menjadi RM48.25 juta berbanding RM44.58 juta pada tahun 2009.
Laporan itu juga menyebut 14 agensi kerajaan negeri Kelantan pada tahun 2009 dikira mencapai tahap akauntabiliti cemerlang.
Berikut adalah ringkasan terhadap laporan Ketua Audit Negara 2010 bagi Negeri Kelantan:
 
Pengesahan Penyata Kewangan

Penyediaan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan bagi tahun 2010 adalah baik. Kesemua angka dalam Penyata Kewangan dapat disahkan kerana dokumen sokongan yang mencukupi telah dikemukakan. Pada keseluruhannya Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan menunjukkan suatu gambaran yang benar dan saksama terhadap kedudukan kewangan kerajaan negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2010.

Analisis Kewangan

Kedudukan kewangan kerajaan negeri Kelantan pada akhir tahun 2010 secara keseluruhannya adalah memuaskan. Ini adalah disebabkan kedudukan Kumpulan Wang Disatukan bagi kerajaan negeri mengalami peningkatan sejumlah RM51.07 juta atau 52.5 peratus iaitu daripada RM97.23 juta pada tahun 2009 kepada RM148.30 juta pada tahun 2010.
Analisis 5 tahun Kumpulan Wang Disatukan dari tahun 2006 hingga 2010 menunjukkan penurunan pada tahun 2007 dan 2008 dan kemudiannya meningkat pada tahun 2009 dan 2010.
Bagaimanapun, wang tunai dan pelaburan mencatat peningkatan pada tahun 2010 di mana baki pada tahun 2009 adalah RM97.23 juta menjadi RM148.30 juta pada tahun 2010. Selain itu, hutang awam meningkat sejumlah RM118.25 juta iaitu daripada RM993.75 juta pada tahun 2009 menjadi RM1,112 juta.
Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyarankan kerajaan negeri hendaklah berbelanja secara berhemat tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan pembangunan ekonomi negeri.
Selain itu, kerajaan negeri hendaklah memastikan tunggakan hasil dapat dipungut dan pinjaman boleh dituntut dibayar mengikut jadual, manakala tunggakan bayaran balik hendaklah dikutip sepenuhnya.
Seterusnya hutang kepada Kerajaan Persekutuan hendaklah dibayar mengikut jadual termasuk tunggakan bayaran balik.
Pembentangan Laporan Audit dalam PAC Negeri Kelantan Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan Tahun 2009 telah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri pada 8 November 2010.
Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri Kelantan telah selesai memeriksa Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2008.
Sehingga 30 April 2011, jawatankuasa telah bermesyuarat sebanyak 5 kali bagi membincangkan Laporan Ketua Audit Negara, bagaimanapun, Laporan Jawatankuasa tersebut belum dibentangkan di Dewan Undangan Negeri.
Pengesahan penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2010
Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyebut, persembahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan bagi tahun 2010 adalah selaras dengan ‘Piawaian Perakaunan Kerajaan’.
Pada pendapat audit, penyata kewangan Kerajaan Negeri pada keseluruhannya menunjukkan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan kerajaan negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2010 dan rekod perakaunannya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini.
Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri yang disertakan bersama dengan Lembaran Imbangan, Penyata Penerimaan dan Pembayaran Wang Tunai, Penyata Akaun Memorandum, Penyata Akaun Hasil Disatukan dan Nota Kepada Akaun Awam.
 
Kedudukan kewangan kerajaan negeri

Mengikut Lembaran Imbangan, Kumpulan Wang Disatukan pada akhir tahun 2010 adalah berjumlah RM148.30 juta. Jumlah tersebut terdiri daripada aset berbentuk wang tunai sejumlah RM131.97 juta dan pelaburan sejumlah RM16.33 juta.
Analisis Audit mendapati Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri telah mengalami peningkatan ketara iaitu sejumlah RM51.07 juta atau 52.5 peratus iaitu daripada RM97.23 juta pada tahun 2009 menjadi RM148.30 juta pada tahun 2010.
Peningkatan ini antara lain disebabkan oleh peningkatan baki Akaun Amanah Disatukan berjumlah RM54.53 juta atau 10.2 peratus pada tahun 2010 iaitu RM589.87 juta berbanding RM535.34 juta pada tahun 2009.
 
Wang Tunai

Wang Tunai merupakan aset yang terdiri daripada Wang Tunai Dalam Bank, Wang Tunai Dalam Perjalanan dan Wang Tunai Dalam Tangan.
Wang Tunai Dalam Bank adalah terdiri daripada baki akaun semasa dan akaun lain seperti deposit dalam bank bagi tempoh 3 bulan atau kurang.
Wang Tunai Dalam Perjalanan pula adalah wang tunai yang belum dibankkan serta wang tunai yang belum diambil kira dalam buku tunai. Manakala Wang Tunai Dalam Tangan adalah Panjar Wang Runcit yang diluluskan kepada beberapa pemegang panjar.
Baki Wang Tunai pada tahun 2010 berjumlah RM131.97 juta berbanding RM79.60 juta pada tahun 2009. Analisis perbandingan kedudukan wang tunai bagi tahun 2009 dan 2010 menunjukkan peningkatan berjumlah RM52.37 juta atau 65.8 peratus.
 
Kutipan Hasil Meningkat

Kutipan hasil sebenar tahun 2010 berbanding 2009 pada keseluruhannya, hasil yang dikutip oleh kerajaan negeri pada tahun 2010 adalah berjumlah RM379.64 juta iaitu meningkat sejumlah RM44.83 juta atau 13.4 peratus berbanding tahun 2009 berjumlah RM334.81 juta.
 
Penyumbang utama hasil kerajaan negeri

Hasil kerajaan negeri merupakan sumber utama yang digunakan bagi tujuan perbelanjaan mengurus.Penyumbang utama hasil kerajaan negeri adalah premium tanah, royalti kayu kayan, cukai tanah, pemberian mengikut ramai penduduk dan premium perhutanan.
Kata laporan itu, butiran hasil ini telah menyumbang sejumlah RM131.02 juta atau 34.5 peratus daripada jumlah hasil tahun 2010 yang berjumlah RM379.64 juta.

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....