Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 3 Oktober 2011

Saksi Misteri Beri Keterangan Esok Dalam Kes Liwat Anwar

KUALA LUMPUR 3 OKT: Kes mahkamah Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal di kejutkan dengan kehadiran seorang "saksi misteri" yang akan dikemukan esok oleh pihak peguambela kes tersebut.

Peguam Sankara Nair yang ditemui TV Selangor selepas mahkamah bersurai hari ini menyatakan bahawa pihaknya akan memanggil seorang saksi baru esok namun enggan menyatakan nama individu terbabit.

"Esok kita akan bawa saksi baru beri keterangan. Tapi kita tidak mahu beritahu nama untuk elakkan tekanan kepada dia oleh pihak tertentu," katanya.

Menurut beliau, ini untuk mengelakkan mana-mana pihak yang cuba memberi tekanan terhadap saksi tersebut sebelum dia memberi keterangan.
Sementara itu, hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh 6 Oktober bagi mengumumkan keputusan permohonan Perdana Menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor untuk mengenepikan perintah sapina.

Pengumuman itu dibuat selepas mendengar permohonan daripada peguam pasangan itu, Hisyam Teh Poh Teik dan peguambela Karpal Singh sebentar tadi.

Berdasarkan penghujahan yang dibacakan di hadapan hakim bersabit kes fitnah liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Hisyam menyifatkan saksi yang dipanggil harus mempunyai maklumat yang relevan.

Dalam kes ini, menurut beliau keterangan yang akan diberikan Perdana Menteri dan isteri sekiranya menjadi saksi tidak akan membantu perbicaraan.

"Persoalan samada mereka boleh beri maklumat yang relevan dan bukan disebabkan pendakwaraya menawarkan mereka sebagai saksi.

"Pada pandangan saya, mana-mana pihak tidak ada hak secara automatik untuk memanggil seseorang sebagai saksi. Ia adalah bidang kuasa mahkamah untuk menentukan saksi yang dicadangkan adalah relevan sebelum memberikan bukti. Ini bagi memastikan bukti maklumat tidak menyimpang daripada isu perbicaraan," kata Hisyam.

Seterusnya Karpal dalam hujahnya menyatakan bahawa tujuan peguambela memanggil Najib dan isteri sebagai saksi adalah untuk mengesahkan kredibiliti pengadu Saiful Bukhari Adzlan.

Ini bagi mengesahkan Saiful sebagai saksi yang benar memandangkan beliau dalam afidavitnya sebelum ini menyatakan telah bertemu pasangan itu di kediaman Taman Duta selama satu jam pada 24 Julai 2008, iaitu dua hari sebelum beliau didakwa diliwat Anwar.

Malah menurut Karpal keterangan Najib adalah penting bagi menentukan keadaan mental Saiful.

"Jelas Najib dan Rosmah mempunyai keyakinan penuh mengetahui akan maklumat itu," kata Karpal.

Beliau menambah pihak yang telah diserahkan sepina oleh mahkamah tidak boleh mengenepikan perintah itu sewenang-wenangnya.

"Amalan mahkamah boleh mengenakan sepina terhadap siapa sahaja walaupun Menteri.

"Permohonan Anwar adalah bona fide dan bukan salahguna proses oleh mahkamah untuk menindas Perdana Menteri," tambah beliau lagi.

Peguam Sankara Nair yang ditemui TV Selangor selepas mahkamah bersurai menyatakan bahawa pihaknya akan memanggil seorang saksi baru esok namun enggan menyatakan nama individu terbabit.

Ini kerana menurut beliau bagi mengelakkan mana-mana pihak yang cuba mencetuskan tekanan terhadap saksi tersebut sebelum memberi keterangan.

Perbicaraan kes liwat akan bersambung esok jam 9 pagi.TVS

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....