Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 13 Julai 2011

Seorang rakyat Malaysia mahu Najib berundur setiap 5 saat

Bandingan sokongan kepada Najib dan desakan letak jawatan di Facebook

Mengikut pemerhatian secara purata rakyat Malaysia yang menyertai laman peminat Facebook untuk mendesak Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai perdana menteri, bertambah setiap lima saat apabila butang F5 (refresh) ditekan.

Sementara menurut laporan AFP, laman itu berjaya menarik sekitar 300 orang setiap minit untuk menekan butang like (suka) pada satu-satu masa- dengan sasarannya mendapatkan 100,000 penyokong.

Sehingga kini, lebih 170,000 pengguna Facebook menyukai laman itu sejak ia diwujudkan pada Sabtu lalu- iaitu satu jumlah yang telah melebihi sasaran pentadbir laman berkenaan.

Tepat pada jam 5.22 petang tadi, seramai 176,176 pengguna Facebook menyukai laman itu dan menggesa Najib meletakkan jawatan.

Jumlah itu dijangka akan terus meningkat dan kemungkinan mencapai angka 200,000 selepas tengah malam ini- iaitu satu jumlah yang dapat memenuhi dua buah Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sementara itu, hanya sekitar 51 orang sahaja menyokong Najib kekal sebagai Perdana Menteri dalam laman peminat yang dibina khusus penyokongnya.

Ia merupakan satu reaksi dan tamparan hebat terhadap kepimpinan Najib- selepas rejim di bawahnya bertindak ganas menangani perhimpunan aman Bersih Sabtu lalu- mengakibatkan lebih 1,600 ditangkap pihak berkuasa.Keadilandaily

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....