Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 13 Julai 2011

Bersih : 313 Peserta Terengganu Ditangkap,3 mungkin Didakwa

KUALA TERENGGANU - Setiausaha Perhubungan PAS negeri Terengganu, Haji Yahaya Ali mengesahkan jumlah 313 orang peserta Himpunan Aman BERSIH 2.0 dari negeri Terengganu telah ditahan polis pada Himpunan tersebut, Sabtu, 9 Julai lalu.

Menurutnya, PAS Terengganu melalui Jawatankuasa Mobilisasi Rakyat tekah mengambil perjalanan dan menentukan tindakan seterusnya, apa-apa perkara yang timbul yang berkitan dengan BERSIH.

Sementara itu, Penolongnya Hji Hanafiat Mat memaklumkan kepada Buletinonline seramai 3 orang daripada 313 orang tersebut yang berkemunkinan besar di dakwa di mahkamah.

"Dua orang pemuda PAS dan seorang Muslimat (Nisa') yang dilepaskan dengan jaminan polis, mereka akan dipanggil semula dalam masa sebulan, kemungkinan akan didakwa kerana 'menghalang' tugas-tugas penjawat awam dan memiliki T-Shirt BERSIH,"ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Makan Malam Pelancaran Dana Pilihanraya Pemuda DUN Chukai, semalam, 12 Julai.

Menurutnya mereka adalah Setiausaha Pemuda PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Mohd Ramlan dan saudara Saifudin Ibrahim, AJK Penyelaras Pemuda Dun Batu Buruk yang juga anggota PAS cawangan Masjid Hj Kadir.

Manakala Muslimat (Nisa') adalah saudari Nurul binti Long Kamaruddin, anak kepada Bendahari Dewan Muslimat PAS Kawasan Kemaman.BO

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....