Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 2 Jun 2011

Pemilihan Pas : Saya Ada Pilihan Sendiri - Tok Guru Nik Aziz

SHAH ALAM, 2 Jun — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempunyai pilihannya sendiri berhubung calon yang sesuai untuk dipilih pada pemilihan parti itu kali ini.

Pemilihan ketiga-tiga sayap berlangsung hari ini manakala peringkat pusat sempena muktamar yang bermula esok.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, walau siapa pun pilihannya, semua keputusan terletak pada tangan perwakilan untuk menentukan pemenang.

“Saya ada pilihan saya. Tapi tak bolehlah beritahu pada orang lain. Kalau saya beritahu kecohlah nanti,” kata beliaua pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS 2011 di sini hari ini.

Pemilihan kali ini tumpuan beralih kepada timbalan presiden yang menyaksikan saingan tiga penjuru manakala naib presiden pula disaingi enam calon.

Calon yang akan bertanding jawatan nombor dua parti adalah penyandangnya Nasharudin Mat Isa, yang dicabar Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa kerja Mohamad Sabu.

Dalam pada itu, tiga kerusi naib presiden ditandingi Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub yang masing-masing merupakan penyandang jawatan, dua Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Abdullah, bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ketua Penerangan Idris Ahmad.

Jawatan ketua Dewan Muslimat disaingi Nuridah Salleh dan Siti Zailah Yusoff manakala Nasrudin Hassan mengekalkan kedudukannya.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga mengekalkan jawatannya.

Menjawab soalan mengenai pemberian ruang kepada Muslimat bertanding pada pilihan raya akan datang, Nik Aziz berkata, semua keputusan terletak pada jawatankuasa pilihan raya.

“Terletak pada parti. Kita akan bagi ruang kepada orang yang ada bakat, aktif dan kita lihat penampilan diri dia.

“Bilangan kerusi akan ditambah atau tidak, itu terletak pada mesyuarat,” katanya.TMI

1 ulasan:

hussin berkata...

Mari kita lihat dua senario ini:

1. Tgna lantang menolak ug. Selepas bersantap di istana terengganu pada disember 2010, pelbagai pihak menantikan kenyataan beliau. "bagaimana pendirian saya di luar, begitulah pendirian saya pada malam itu."

2. Tgna kata dia ada calon pilihan beliau sendiri tetapi mahukan perwakilan yang menentukannya. Sebak dengan kerajaan perpaduan, beliau mencadangkan muktamar khas diadakan untuk memberi peluang kepada perwakilan menentukan hala tuju pas sama ada terus bersama pakatan rakyat atau kerajaan perpaduan. "bagaimana pendirian tgna pada masa mencadangkan muktamar khas dulu, begitulah juga pendirian beliau pada masa ini."

Kempen secara terbuka telah pun berlaku dengan ketua dewan ulama mahukan "ulama haraki" dipilih sebagai timbalan presiden! Mengikut utusan, haron din disebutkan sebagai berkata bahawa gandingan hadi dan nasha masih mantap.

Keputusan di tangan para perwakilan. Di antara tgna dengan harun taib dan haron din siapa lebih mereka percaya? Akar umbi sudah jelas. perwakilan yang terdiri dari kalangan yang telah disaring dan "dibasuh" pemikiran merekalah yang akan membuat keputusan.

Bersedialah untuk muktamar khas!!!

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....