Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 17 Mei 2011

PM Malaysia Kristian Bila Presiden UMNO Kristian

Oleh: ruhan

"Ramai orang beranggapan bahawa usaha Utuseks Meloya memainkan isu kristian ganti Islam hanya untuk menjatuhkan imej DAP dan PAS yang didakwa bersekongkol dengannya. Tanpa melihat kepada faktor-faktor lain yang menyelubunginya, memang itulah sangkaan kita. Utuseks sememangnya sudah dimakan sumpah laknat. Kebodohan mereka terserlah dengan isu ini. Mereka sebenarnya menikam tuan sendiri dari belakang. Mungkin mereka tidak sedar tetapi itulah hakikatnya.

Pelbagai pihak telah menyatakan bahawa tidak ada kemungkinan langsung untuk Kristian menjadi agama rasmi Malaysia bagi menggantikan Islam dan seorang yang beragama Islam menjadi PM Malaysia. Alasannya ialah jumlah penganutnya agak kecil dan kerusi penganut Kristian di Parlimen Malaysia juga sangat kecil. Di samping itu, tidak payahlah kita berdebat tentang kesahihan dakwaan itu kerana semuanya bisa diatur. Lagi pun UMNO sudah mahir dengan tipu-menipu ini - dulu, kini, dan selama-lamanya.

Namun demikian, peringatan itu sebenarnya dikenenkan oleh Utuseks kepada UMNO. Pada masa ini parti itu mempunyai ahli-ahli yang beragama Kristian. Kesemua mereka berasal dari Sabah. Kita perlu sedar bahawa jumlahnya semakin hari semakin besar kerana pembawaan masuk ahli-ahli UMNO yang beragama Kristian dipergiatkan secara bersungguh-sungguh. Tidak mungkinkah bahagian UMNO yang berketuakan penganut Kristian akan menjadi lebih daripada satu seperti sekarang ini? Anda tentu boleh menjawabnya.

Jika demikian halnya, dengan strategi yang mapan dan sokongan badan Kristian antarabangsa, mungkin lima tahun lagi UMNO akan mempunyai seorang presiden yang beragama Kristian. Pada masa itulah PM Malaysia yang beragama Kristian akan terlantik. Semua pemimpin Sabah yang beragama Kristian dalam parti-parti seperti PBS, UPKO, LDP, SAPP, dan sebagainya akan menganggotai UMNO. Jangan sekali-kali perlekehkan andaian ini.

UMNO dan PERKASA perlu menghalusi kemungkinan ini. Merekalah yang menjadi punca kepada kebenaran dakwaan Utuseks itu jika UMNO/BN terus memerintah. Mampukah mereka menghalangnya? Kesemuanya terserah kepada pemimpin Melayu-Islam dalam UMNO. Lancarkanlah jihad ke arah menangkis realiti itu. Hal ini tidak ada kena-mengena dengan Pakatan Rakyat.

1 ulasan:

bomosiam berkata...

Apa plak 'hal ini tak ada kena mengena dgn Pakatan Rakyat'?
Bukankah N3 diatas dipancarkan dari channel PR !!!

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....