Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 16 Mei 2011

Video : Fitnah II , DS Anwar Mengulas Keputusan Hakim




KUALA LUMPUR, 16 Mei: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diperintahkan untuk membela diri dalam kes fitnah II hari ini melahirkan rasa terkejut kerana hakim telah menjatuhkan hukuman awal.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, hakim Datuk Mohd Zabidin seolah-olah terikat dengan hujah pendakwaan.

“Ia bukan sesuatu yang mengejutkan. Tetapi apa yang mengejutkan ialah beliau (Mohd Zabidin) telah membuat pengadilan terlebih dahulu dalam kes ini dan menjangkaui kes prima facie,” kata beliau kepada pemberita di perkarangan mahkamah selepas selesai mendengar keputusan hakim hari ini.

Hakim Mohd Zabidin hari ini berkata, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat oleh Anwar telah disifatkan sebagai “saksi yang benar dan berwibawa”.

Pengakuan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika memerintahkan Anwar supaya membela dirinya.

Anwar mempertahankan bahawa beliau tidak bersalah sambil berhujah bahawa kesnya tidak mengambil kira keterangan beberapa saksi penting, antaranya doktor hospital Pusrawi Dr Osman Hamid dan pemilik unit kondominium Desa Damansara.

“Saya telah menegaskan saya tidak bersalah, mengikut undang-undang kes ini tiada asas,” katanya yang juga ketua pembangkang di parlimen.

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim menetapkan 6 hingga 30 Jun ini untuk menyambung perbicaraan kes liwat peringkat bela diri.Hrkh

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Zaman sekarang jangan angap orang yang berpangkat dan bertitle itu orang yang baik dan mulia malah lebeh teruk dari orang kampong yang beristiqamah terhadap ugamanya. Merekan ini lebeh mulia dari mereka walaupun hidup sederhana sahaja. Mereka lebeh aman didunia dan berbahagia di akhirat.

otaistillkick berkata...

hanya kuasa rakyat yang bolih membetulkan keadaan. tukar pemerintahan putra jaya

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....