Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 30 Mei 2011

Kerjasama Dengan Pas : Umno Pujuk Tok Guru Nik Aziz,Tawar 3 Jawatan Menteri

KUALA LUMPUR 30 MEI : Umno menawarkan tiga jawatan menteri kepada PAS, sekiranya Murshidul Am parti itu Datuk Nik Aziz Nik Mat bersetuju kepada penubuhan kerajaan perpaduan antara kedua-dua parti itu, kata Ahli Parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain.

Datuk Nik Aziz bagaimanapun menolak tawaran itu kerana PAS tetap komited kepada Parti Keadilan Rakyat dan DAP dalam Pakatan Rakyat, kata beliau.

Muhammad berkata Nik Aziz mendedahkan tawaran Umno itu pada majlis bersama anak-anak Kelantan di Lembah Klang di Dengkil petang semalam.

"Ya, betul, beliau sebut (ada) lima kali pertemuan. Ia berlaku dalam masa terdekat. (Ia) mengenai isu kerjasama PAS dengan Umno," kata Muhammad yang turut hadir pada majlis itu.

Menteri Besar Kelantan itu tidak mengenal pasti pemimpin Umno yang membuat tawaran berkenaan namun merujuknya sebagai seorang pesara kerajaan bergelar Datuk.

Pemimpin Umno itu dilaporkan mula 'berjinak" dengan Nik Aziz pada April lalu, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kembali menjaja keperluan PAS dan Umno menjalin kerjasama politik demi masa depan orang Melayu.

Difahamkan, majlis di Dengkil itu dihadiri kira-kira 500 orang termasuk Setiausa Agung PKR Saifuddin Nasution dan Ahli Parlimen Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketereh) dan Abdullah Sani (Kuala Langat).

Sementara itu, beberapa pihak yang hadir dalam majlis minum petang itu mengesahkan ucapan Nik Aziz itu.

Sumber yang dekat Nik Aziz mengesahkan pegawai Umno itu menziarahi Nik Aziz beberapa kali, termasuk di rumahnya di Pulau Melaka.

Nik Aziz adalah antara pemimpin PAS yang paling lantang menolak idea kerjasama politik dengan Umno malah pernah mencadangkan supaya PAS mengadakan Muktamar Khas bagi membahas isu berkenaaan secara telus. TVS

1 ulasan:

hussein berkata...

Pujukkan dan tawaran yang sedemikan rupalah yang juga telah ditawarkan oleh UMNO kepada puak UG.Malangnya Puak UG bukan TGNA,depa termakan umpan UMNO dan sudah menjadi anai-anai dalam PAS.Sudah 3 Muktamar berlalu namun hasrat puak UG untuk mendapatkian dan memperolehi tawaran itu masih membara.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....