Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 6 April 2011

[ Update Video ] Penamaan Calon Di DUN Muara Tuang Kecoh


KOTA SAMARAHAN 6 APRIL : Suasana tegang dilaporkan berlaku di pusat penamaan calon DUN Muara Tuang (N15) apabila Peguam PAS Faiz Irwan membuat bantahan terhadap calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Ali Mahmud kerana gagal mengemukakan pernyataan berkaitan perbelanjaan pilihanraya lalu.

Ali, yang juga merupakan adik Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, merupakan penyandang kerusi itu didakwa gagal berbuat demikian menyebabkan sehingga jam 1 petang, calon yang bertanding masih tidak diumumkan secara rasmi oleh Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya di situ, Mohd Aini Mohamad

Mengikut twitter Ahli Majlis Pimpinan PAS Pusat Datuk Seri Nizar Jamaluddin, SPR sepatutnya mengumumkan kemenangan kepada calon PAS Noraini Hamzah kerana pencalonan Ali sepatutnya dibatalkan.

Sebelum itu, calon PAS Noraini diiringi kira-kira 200 penyokong tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Suarah Samarahan jam 8.45 pagi.

Ia diikuti kemudian oleh calon BN Ali Mahmud tiba jam 9.00 pagi.TVS

Bagaimanapun mengikut laporan Harakahdaily SPR telah menolak bantahan yang dikemukakan Pas :

KOTA SAMARAHAN, 6 April: Bantahan PAS terhadap calon BN di Dun Muara Tuang, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud kerana didakwa gagal mengemukakan penyata kewangan ditolak oleh SPR.

Ekoran bantahan itu menyebabkan proses penamaan calon di N.15 Dun Muara Tuang lambat selesai.

Pihak SPR mengumumkan pertandingan satu lawan satu di Dun tersebut kira-kira jam 1.30 petang walaupun proses berkaitan penamaan calon tamat jam 12.00 tengah hari.

PAS yang meletakkan Noraini Hamzah sebagai calonnya mendakwa Mohamad Ali gagal mengemukakan penyata kewangannya pada tahun 2006, ketika menjadi calon BN ketika itu.

Artikel Berkaitan Baca ' DISINI '

1 ulasan:

dino.yp@gmail.com berkata...

PAS kalah!Islam menang!

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....